SINOPSIS ZAYNE MUQRI
ZAYNE MUQRI bahagia menjadi suami kepada Anggun Maryam dan mereka juga bahagia hidup sebagai pasangan suami isteri. Namun siapa sangka, rumah tangga mereka diuji apabila Anggun terlalu sibuk dengan perniagaannya sehingga abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“I rindukan isteri I Anggun! Isteri yang ada untuk temani I bercerita, isteri yang boleh I kongsi apa benda yang I lakukan sepanjang hari ni, I nak isteri I yang suka temani I makan. Bukan ni yang I harapkan dari you Anggun apabila I bagi keizinan untuk you buka perniagaan ni!”
Ya, dia menyesal kerana mengizinkan Anggun berniaga sehingga dia terasa diabaikan oleh isterinya sendiri.
“Banyak kali I bagi you peluang untuk berubah, tapi you buat benda yang sama. Maaf Anggun, kali ni biar I yang berubah. Jangan salahkan I kalau semua ini berlaku sebab segalanya berpunca dari you sendiri!” – Zayne Muqri
Zayne kecewa dengan Anggun yang selalu mengulangi kesilapan yang sama. Mungkin dia harus lakukan sesuatu supaya Anggun sedar yang dia juga hati dan perasaan.
“Sumpah Zayne, I tak mampu nak nafikan yang I mula jatuh suka dengan you.” – Naila
Tanpa sedar, Zayne telah melibatkan orang ketiga dalam hubungan mereka.
“You cakap, you tak akan izinkan sesiapa rampas I dari you. Kenapa sekarang ni you berputus asa?”- Zayne Muqri
“Sebab I tahu, bukan I je yang ada dalam hati you sekarang. Demi bahagia you, I sanggup terluka andai ia mampu menebus segala salah I pada you.” – Anggun Maryam
Puas dia pertahankan, puas dia merayu dan puas juga dia memohon maaf namun langsung tidak memberi kesan kepada Zayne. Anggun tahu dia bukan lagi keutamaan bagi Zayne. Namun, satu kejadian yang menimpa Anggun merubah segalanya. Mampukah untuk mereka terus bertahan dengan ujian yang datang?
Mampukah Anggun memaafkan Zayne kerana melibatkan orang ketiga dalam hubungan mereka dan apakah yang telah berlaku kepada Anggun?