“Kau normal, aku normal! Jadi, kenapa lahirkan anak cacat? Look at me! Do you think
baka aku akan lahirkan anak cacat? Huh? Aku tak boleh terima anak itu, Hayfa. Dia
bukan dari keturunan aku! Keturunan aku tak cacat! Macam mana kau boleh lahirkan
anak cacat macamtu?” - Aqeef
Mustahil dia boleh ikhlas dengan takdir. Ianya berat dan menyakitkan. 6tahun berlalu
pun, Aqeef masih dalam fasa menafikan. Baginya, dia sempurna. Jadi, keturunannya
harus sempurna.
Malangnya..
“Dia anak kita, Aqeef. Dia anugerah kita. 6 tahun berlalu..” – Hayfa
“No! Dia bukan anak I. I takde anak cacat macamtu!”
“You puncanya! 6 tahun yang lepas…you hina pakcik tu. You hina kaki dia yang
kudung. Dan I sedang mengandung masa tu! Kalau bukan kerana mulut celupar you,
anak I takkan cacat! Aiden takkan cacat, Aqeef Azman!!!”- Hayfa
Aqeef ingat dia sorang diuji? Aqeef fikir dia sorang kecewa? Semua orang sedang
mengalami fasa diuji. Dan kalau bukan kerana mulut celupar Aqeef,semua ini takkan
berlaku.
Namun, Aqeef tak nak memahami. Jauh sekali menerima takdir. Malah, semakin hari
semakin berubah perangainya.
“I nak anak baru. Anak yang sempurna fizikalnya. Anak yang tak cacat.Kalau tak, I
akan kahwin lain. I akan madukan you.”
Lantang bicara Aqeef tanpa fikirkan perasaan seorang isteri. Dia fikir, takdir selalu
memihak kepadanya. Malangnya, sekali lagi dia diuji sehingga terduduk. Sehingga
mata celik dengan apa yang dia lakukan selama ini.
Malangnya.. mampukah dia mengundur kembali waktu dan menebus segala
kesalahannya pada anak dan isteri?