Lelaki setegap dia, segagah dia, mustahil seorang gay. Apatah lagi mati pucuk!
Malangnya, gossip tu buat dia serabut dan tak focus. Mama sering mendesak.
Masyarakat pandang pelik. Takkanlah sebab dia tak kahwin-kahwin walaupun dah
lanjut usia dilabel sebagai seorang gay?
Nonsense! Dek gossip tak bermaruah tu, Bareeq menerima Cadangan mama untuk
menikah dengan gadis yang langsung dia tak cinta asalkan dia boleh buktikan yang
dia normal! Jadi, perkahwinan tanpa cinta tu, dia tukar jadi perkahwinan mencari
zuriat. Dengan syarat, si gadis bekerjasama.
“Tu perjanjian antara kita.” – Bareeq
“Kontrak perkahwinan? Like that?” – Yuuna
“Tak. Tu timetable you dengan I. Dalam perkahwinan ni, tak ada istilah you benci I, I
benci you. You menikah dengan I untuk dapatkan zuriat as soon as possible. No
excuses.” – Bareeq
Yuuna terngadah. Dia ingat, bila dia terima lamaran dari keluarga Bareeq,dia boleh
lari daripada masalah ‘anak dara tua’ tak menikah. Malangnya, dia rasa dia tersalah
menerima lamaran. Ibarat keluar kendang harimau, masuk kandang naga.
“Kita tak pernah kenal. Apatah lagi bercinta. Macam mana nak jadi semesra tu tanpa
cinta?” – Yuuna.
Malangnya, apa saja alasan yang dia berikan, Bareeq tak terima. Tiada pilihan, Yuuna
menurut perintah. Siang malam mereka usaha.Macam-macam cara mereka cuba,
malangnya..rezeki yang tertulis masih bukan milik mereka. Pelbagai emosi
menghentak jiwa sehingga mereka mengalah.
“Dahlah. Abaikan mulut orang. Kalau kita ikut cakap orang, sampai bila kita takkan
bahagia. You dah usaha sedaya upaya. Cuma, bukan rezeki kita lagi.You can stop
now.” – Bareeq
Dek kerana putus asa, hubungan mereka kembali dingin. Seperti orang asing. Yang
menikah tanpa rasa sayang. Yuuna fikir dia okay.
Namun, setiap saat dia rindukan Bareeq yang dulu. Yang manis dan
penyayang. Malangnya.. insan itu seakan hilang. Jiwa dia mula terseksa. Hati dan
perasaan mula tercalar dengan kedinginan Bareeq. Adakah soal anak,mampu
mengubah kebahagiaan sebuah keluarga? Hati dia mula tertanya.