Dua jiwa yang saling berhubungan kerana suatu insiden membawa kepada sebuah pertemuan. Widad AlSumayyah, si pemuja Kaiden Mikael secara tiba-tiba telah menjadi

‘personal assistant’ kepada penyanyi

tersohor itu. Umpama seteru, pantang bertembung, ada saja akal Kaiden hendak menghina.

“Berapa ramai lelaki yang dah kau lacur?” - Kaiden Mikael

“Give me some details. Aku nak tahu tentang kau. Anggap saja ni pertanyaan dari majikan kepada pekerjanya dan kau pekerja aku sekarang.” - Kaiden Mikael

Widad tidak seperti gadis biasa malah dirinya seorang anak terbuang dan mandiri usai didera dan diseksa berkali-kali. Menjadi kambing hitam dan pemuas nafsu si syaitan, dia hidup dengan dibayangi masa lalunya. Tubuhnya ibarat permainan, hidupnya pula kelam dalam dunia ciptaan Klaus Leonard.

“You’re an adult, Widad. Bila bersama aku, aku tak nak kau jadi budak kecil yang asyik merengek nak jumpa ayah. Aku nak kau jadi dewasa. Fikiran kau kena matang. Jangan fikirkan ayah kau. Fikirkan aku. A girl like you needs special care. Aku akan beri semua yang aku ada untuk kau. Kau tak boleh lari, Widad. Kalau kau lari, aku sendiri yang akan cabut nyawa kau dengan tangan aku sendiri. Aku akan bunuh kau. Kau. Akan. Mati.” - Klaus Leonard

Personaliti Widad menjentik tangkai hati Kaiden yang beku setelah kematian tunangnya. Keegoannya runtuh apabila hatinya terusik dengan kehadiran gadis itu. Mahukan Widad dengan sesungguhnya, Kaiden mengikatnya dengan pernikahan.

“I wanna make you my lady.” “Wife.”

Ujian mendatang, sehingga Kaiden terpaksa bersetuju untuk membunuh Widad demi menjaga sebuah nama. Hati tak rela, tapi tindakan menderhaka kerana nyanyian adalah jiwanya. Shark, lelaki yang telah menambah kepincangan dalam rumah tangganya dan Klaus Leonard yang menjadi dalang kepada semua hal yang berlaku. Antara cinta dan kebencian, Kaiden melukai insan yang sedia terluka. Kerana fitnah, hati Widad hancur berkeping-keping apatah lagi Kaiden tidak pernah mahu meletakkan kepercayaan padanya. Dia, dipanggil pelacur. Penghinaan demi penghinaan sehingga Widad tidak tahu ke mana arah tujunya perkahwinan mereka. Tetapi, satu janji Kaiden pegang kemas di mana dia tidak akan sesekali melafaz cerai. Jujurnya, dia mahu jadi pelindung, bersayap walau tak sempurna. Tetapi mampukah dia?

“I will never divorce you! Jangan pernah kau minta cerai daripada aku. Kau cakap lagi sekali, aku takkan lepaskan bibir kau.”

Dalam perkahwinan mereka, yang ada cuma amarah Kaiden buat Widad kerana baginya perempuan itu telah memberi masalah kepadanya. Fitnah tersebar jua hingga kontrak Kaiden sebagai penyanyi terpaksa dibatalkan. Tanpa sedar, dia cuba membunuh isterinya dengan melemaskannya. Setelah mengetahui Kaiden cuba membantu Klaus Leonard, sekeping hati Widad hancur. Sedar akan khilafnya, Kaiden memberanikan diri untuk membersihkan nama isterinya yang telah busuk di mata orang lain.

Cinta Kaiden membatasi kebencian buat isterinya walau berjuta kata maaf tak mampu memadamkan penghinaannya buat Widad. Dia mahu jadi sayap, terus melindungi, walau dia tahu dirinya tak sempurna.

×
WhatsApp