“Dah kalau tak laku sangat, biar Qhalif je kahwin dengan dia. Kasihan dia.Lama lama

nanti jadi anak dara tua.” - Umar Qhalif


Tiba-tiba lamaran dari lelaki hot menjamah telinga. Tapi, ayat dia tak berapa cantik.

Tak laku?


Hello!!


“Eh, tak apa Qhalif. I rela jadi anak dara tua daripada kahwin dengan lelaki takde

perasaan macam you. Eh, bukan tu je. Lelaki ego macam you, tak elok di buat suami.

Makan hati je nanti.” - Tolak Dara Izyan mentah-mentah.


Tak akan sesekali dia kahwin dengan Qhalif. Lelaki yang terkenal dengan sikap keras

kepala, ego, kayu dan pernah jadi ‘buaya’. Tak sanggup dia nak pertaruhkan hidup

sendiri.


“Eloklah makan hati daripada makan janji palsu lelaki. Kan, Dara? Atau you masih nak

tunggu janji manis Hafeez untuk berkahwin dengan you? You rasa, dia akan datang

ke bulan depan selepas dia sendiri batalkan majlis perkahwinan korang?”


Ya! Majlis hanya tinggal sebulan lagi. Tiba-tiba harini, bakal mak mertua datang untuk

batalkan majlis.


Tak ada angin, tak ada ribut, pelamin angannya musnah sekelip mata. Dan harini,

lamaran tak diundang datang demi sebuah maruah keluarga. Hati jelas sekali

menolak. Namun, keadaan buat jiwa jadi serba salah.


“You kahwin dengan I, tak ada yang rugi pun, Dara. I lebih kacak dari Hafeez, no

doubt. I lagi kaya dari dia. You already knowthat. DanI lagi romantik dari Hafeez.

That’s why, You should give a try.” Mata dikenyit nakal.


Dara terngadah. Tak ada dah lelaki paling angkuh dalam dunia ni selain daripada

Umar Qhalif.


“You lupa satu perkara. You paling buaya berbanding Hafeez.”


“Buaya yang dah lama berubah, i think.”


“Berubah macam mana sekalipun, buaya takkan pernah jadi ikan, Umar Qhalif. Buaya

tetap buaya.”


“Then, keputusan di tangan you. Sama ada hidup dengan buaya, atau hidup dengan
janji manis Hafeez yang tinggalkan you di saat majlis hamper tiba. Love or family, you
choose.”

Berat keputusan yang harus dia buat. Dengan Hafeez dia terluka. Dan dengan Umar
belum tentu dia bahagia. Serta maruah keluarga harus dia fikirkan. Fikir punya fikir,
akhirnya lamaran Qhalif dia terima dengan bersyarat.

“Okay. I will give a try. Tapi, kalau I terluka di awal perkahwinan, you kena lepaskan I
dengan cara yang baik.”

“Try and error?”

“Yes.”

Kata sepakat, akhirnya mereka menikah. Namun, di awal perkahwinan sudah diuji
dengan kehadiran Hafeez yang kembali mendambakan kasih sayang. Dara keliru.
Kembali kepada cinta pertama, atau teruskan kehidupan dengan lelaki dia tak cinta?
Yang manakah menjadi pilihannya?
×