SINOPSIS UMAR DI HATI TIMAH


Pertemuan pertama dimulakan dengan satu salah faham tapi pertemuan pertama itu yang membibitkan cinta pandang pertama. Macam mana ni.


“Ooo…anak orang gaji rupanya. Perempuan macam ni pun you nak Hayyan.”


Bila salah faham dapat dirungkaikan kena bersaing dengan Leman pulak untuk mengisi ruang hati si Timah. Pulak dah.


“Dia nak ajak aku balik kampung.”


“Oh…rindu kampung lah ni.”


“Ye lah tu rindu kampung. Padahal dia tu rindukan si Leman.”


“Leman?”


Baru selesai perihal Leman dah muncul pula Dato' Azman a k.a. orang tua gatal yang nak pucuk muda saja. Bala...bala...


“Well young lady, you buat apa kat sini sorang-sorang. Nak I temankan.”


“Sorry Dato’ saya ada seminar kat sini. Saya perlu masuk semula dalam dewan.”


“You jangan jual mahal. Dari masuk sana baik you ikut I masuk bilik. I boleh bagi apa saja dekat you.”

Rupanya nak menyelesaikan isu Dato' Azman tidaklah semudah kes Leman bila Dato' tak sedar diri itu sehingga sanggup bermain dengan maruah dan nyawa asal apa yang dia mahu dia dapat.


Misi menjadikan Timah suri hati dalam hidup Umar bermula. Bukan takat Leman, langau Tasha dan Dato’ Azman juga terlibat dalam misi ini.


Siapa yang berjaya akhirnya…kena baca sampai habis.

×
WhatsApp