SURI CASANDRA… Kemunculannya di majlis pengebumian suami kepada Senator Mia Vaughn Nicholas mencetuskan pelbagai spekulasi. Bagi Senator Mia, dia adalah perempuan simpanan Ramos dan dia harus mati!

TUAN RUDHRA VAUGHN… Dejavu! Itu yang Rudhra rasakan ketika kali pertama melihat Suri di tanah perkuburan itu. Saat mengetahui rancangan Senator Mia, dia nekad untuk selamatkan Suri.

“Saya tahu awak semua orang-orang suruhan Senator Mia. Saya tak akan beritahu apa kaitan saya dengan Ramos walaupun saya dibunuh!”Suri.

Suri tahu itulah harga yang perlu dia bayar kerana tindakan beraninya. Nyawa menjadi cagaran! Setiap detik yang berlalu beerti dia semakin dengan kematian. Dia menyangka dia diculik oleh orang-orang suruhan Senator Mia. Tapi, dunianya terasa berputar ligat saat dia tahu lelaki yang berdiri di hadapannya ialah Tuan Rudhra Vaughn. Satu nama yang digeruni oleh sesiapa sahaja di bandar itu. Dia dikurung persis tawanan perang dan dia tak tahu kenapa lelaki itu menculiknya.

“You ada tiga puluh minit untuk bersiap. You akan jadi isteri I.”Rudhra.

Suri tak mahu jadi isteri kepada ketua mafia itu. Tapi, dia tak ada pilihan. Dan anehnya, semakin dia kenal Rudhra semakin banyak kaitan antara mereka. Dia ingin pergi jauh dari lelaki itu, tapi… “You milik I, Suri Casandra. Kalau you betul-betul nak lari dari I, ambil pistol ni dan tembak kepala I.” - Rudhra.

Dan, satu-satunya sebab Suri bertahan adalah kerana cinta yang mula bertunas di hati.

“I hate that I love you, Tuan Rudhra Vaughn.”- Suri.

×
WhatsApp