“You curang dengan I, Aedam! You jangan sampai I balas dengan mengorat bapak
you!” - Dealova
“Tak ada istilah curang selagi kita tak bergelar suami isteri. Dan kalau you rasa you
hebat sangat, pergilah mengorat bapak I.” - Aedam
Pernah dengar? Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain? Itu tipikal,
kan? Tapi, kes dia berbeza. Dipermainkan oleh anak, bergerak menjadi isteri kepada
bapaknya.
Itu yang Dealova buat. Untuk buat Aedam rasa apa yang dia rasa selama ini, selamba
je Dealova mengorat bapak Aedam. Asalnya, hanya untuk balas dendam.
“Kenapa you libatkan I dalam hubungan korang berdua?” - Tuan Ehsan
“Anak you dah menyakiti I. Jadi, you kena bertanggungjawab. Menyamar jadi
boyfriend I dan kahwin dengan I.” - Dealova
“You jangan menyesal. I ni dah lama menduda. Setiap ayat dan tingkah laku you, you
kena fikir panjang. So, sekali lagi I tanya.. are you sure nak jadi mommy tiri Aedam?” -
Tuan Ehsan
“Yes. I tahu apa yang I buat.” - Dealova.
Mulanya dia yakin. Bahawa antara mereka hanyalah sekadar untuk menyakitkan hati
Aedam.
Namun, lama kelamaan hati jadi ragu. Dalam menafikan, dia merasakan sesuatu. Aura
Tuan Ehsan lebih Ummph. Kadang kala, hati hampir jatuh tergolek.
“Kalau nak berlakon biar nampak real, Lovv. Kiss tu biar nampak hot and spicy. Let
me do it.” - Tuan Ehsan.
Seringkali si lelaki mencuri nafasnya dan buat jantung berdegup lebih kencang.
Sehingga dia mula ragu sama ada ini semua lakonan, ataupun dia memang mula jatuh
cinta.
Sejujur, aura duda itu paling mengancam sehingga susah untuk menafikan!