Bukan setakat bergerak menjadi mak tiri, tapi siap bagi pakej adik lagi! Aedam
tergamam. Ingatkan setelah bawa diri selama 5 tahun, hati terubat. Malangnya,
ditambah dengan masalah baru.
“You bagi I adik, Lova? Dengan umur I macam ni? Really?” - Aedam
“Kenapa tanya I pulak? Tanyalah bapak you. Bapak you yang terlalu subur sangat
sampai tak menyempat bagi I rehat. Ni dalam perut ada lagi ni.” - Dealova
“Siapa suruh you kahwin dengan bapak I?” - Aedam
“Siapa suruh you curang dengan I? Dendam paling puas hati, dengan jadi mak tiri
you. Lagipun, bapak you handsome. Kenalah dengan jiwa I.” - Dealova
Bukan setakat masalah si adik je, malah masalah si bapak yang cemburu entah apa
apa buat dia rasa nak gila!
“I tak suka you baik dengan Aedam. Sila jauhkan diri daripada Aedam kalau you tak
nak mengandung kali ketiga. Lesty tu orang cakap anak Aedam! Bukan anak I. Tua
sangat ke I ni?” - Tuan Ehsan
“Tua sikit je.” - Dealova
Dia jujur. Tak sangka kejujuran memakan diri sendiri. Tuan Ehsan tarik masuk bilik.
Bila nampak Aedam ada dekat luar, Tuan Ehsan kurung dia dalam bilik. Segala
keperluan, Tuan Ehsan yang uruskan. Cemburu punya pasal!
“You ni cemburu sangatlah. I dengan Aedam dah takde apa apa. Bukti depan mata tu
haa. Dalam perut ni pun tak keluar lagi. Makin tua, makin kuat pulak merajuk.” -
Dealova
Sejurus itu, Tuan Ehsan kunci bibirnya dengan bibir sendiri. Sudahnya, Dealova zip
mulut. Tak komen apa apa dah. Nampak Aedam, dia sendiri kurung diri sebelum Tuan
Ehsan kurung dia. Susah bila makin tua, makin kuat merajuk!