Menderita atau menderita. Hanya itu sahaja pilihan yang kau ada selama jadi isteri
aku.” - Tuan Carl Aubrey
Bengang dengan perkahwinan paksa aturan mama, si isteri menjadi mangsa. Setiap
saat, setiap masa, setiap detik, Mia Azlia menjadi tempat dia hamburkan segala rasa
amarah dan benci.
“Aku tak pernah anggap kau isteri. Jadi, jangan nak berlagak jadi isteri mithali. Kau
buat hal kau. Tanpa menyemak depan aku.” - Tuan Carl Aubrey
“Kalau tak suka, untuk apa teruskan? Just divorce me and be free.” - Mia Alysa
“Sepatah kau menjawab, tangan aku tak teragak-agak untuk lempang pipi kau.” -
Tuan Carl Aubrey
Maki. Sepak terajang. Penampar. Dah sebati dalam tubuh Mia. Ibarat, sepak terajang
makan pagi. Maki hamum makan tengahari dan penampar adalah makan malam.
Sehingga di ruang tubuhnya, tiada seinci yang indah. Namun, setitis air mata tak
pernah gugur. Kerana bagi dia, tak ada faedah menangis untuk suami tanpa hati.
Diam bukan bererti dia lemah. Bukan jua bererti dia kalah. Diam, kerana dia mencari
waktu yang sesuai untuk melepaskan diri daripada insan tak berhati perut. Kerana dia
bukan wanita untuk disakiti.
Namun, tatkala kaki ingin melangkah pergi, Tuan Carl Aubrey tak pernah merelakan.
Benci, tapi diikat kemas.
“Awak benci saya. Awak tak suka saya. Awak sakiti saya. Jadi, untuk apa terus
bersama?” - Mia Alysa
“Terus bersama aku, atau tetap di sisi aku. Dua pilihan yang kau ada.” Tuan Carl
Aubrey
Dan apa pun yang dia pilih, jawapannya tetap di sisi Tuan Carl Aubrey. Bertaruh
tentang kebahagiaan diri sendiri. Sama ada terus menderita atau ada sinar bahagia
menanti dihujung derita.