Blurb Arjuna Dari Langit 

Dia hanya gadis biasa – orang awam.
Dia seorang fighter pilot – sang pelindung langit.

Dua dunia bertembung. 

Seorang wanita belajar berani, dan seorang pejuang udara yang akhirnya menyerah pada hatinya sendiri.

Hidup Iraina sederhana, sepi tanpa keluarga. Tapi segalanya berubah bila dirinya masuk ke dalam radar Kapten Nazran Shah, juruterbang TUDM yang terkenal dengan disiplin setegas F/A-18D Hornet yang dipandunya.

Nazran ‘KRAKEN’ terbiasa dengan langit, risiko, dan misi yang tak pernah menjanjikan kepastian. Tetapi di sisi Iraina, dia akhirnya menemui makna sebuah rumah.

Majlis Sword Bearer yang mengikat janji, Nazran bawa Iraina melangkah dalam dunia penuh cinta, kehilangan, dan keberanian.

Dan di langit yang sama, Iraina tahu… arjuna dari langit itu kini miliknya seorang.

JINGGA LANGIT KITA

Callsign: Jengking & Bidadari — di langit mereka bertempur, di bumi mereka terikat janji.

“Auch! Sakitlah, weh!”

“Sorry... roket kertas salah landing!”

“Salah landing kepala otak kau!”

Zulhairi, si budak lelaki obses langit sejak tadika, kerjanya baling roket kertas. Mangsanya, si gadis kecil yang penuh amarah, Anjel.

Takdir tak pernah habis bermain teka-teki.

Bertahun-tahun kemudian, mereka bertemu semula, kali ini bukan lagi di tadika tapi di hangar jet pejuang. Dia, si Kapten Jengking, lelaki gila manuver. Dia pula, si Kapten Bidadari, gadis yang mewarisi semangat ayah, yang gugur dalam tragedi udara.

Dugaan datang silih berganti, antara ego, misi, dan nyawa yang digantung di langit. Namun yang paling getir, adalah perasaan yang tak pernah mati.

Dan di satu misi besar, di Pulau Layang-Layang, selepas dentuman di langit reda….

“Kau ingat lagi roket kertas tu?”

“Aku simpan satu… dalam diari flight log aku.”
 
"Jingga Langit Kita" bukan sekadar novel aksi ketenteraan, ia kisah tentang takdir, luka lama, dan cinta yang berterbangan di ruang udara negara.

Bersiap sedia untuk dogfight emosi dan misi berani mati yang tak semua mampu harungi. Sedia gear-up, kerana cinta ini bukan misi biasa.

SINOPSIS LEFTENAN EZRAM HAQ

“Jangan mengorat adik aku.” – Kapten Zulu

Bila Kapten Zulu bersuara, siapa saja takkan berani melanggar. Sebab mereka tahu, menentang amaran kapten ibarat menghamparkan nyawa sendiri di hujung pedang. Termasuklah Ram.

Tapi… lain pula halnya dengan si adik. Semakin terang-terangan ditolak, semakin dekat Ain melangkah.

Sekali. Dua kali. Berkali-kali. Ain tetap tak putus asa, hingga Ram sendiri mula rimas.

“Ain suka abang Ram. Ain takkan putus asa.” – Ain Inara

“Kalau abang awak tahu… mampus saya, Ain. So please, jangan kacau saya.” – Ram

Tapi bagi Ain, larangan itu ibarat cabaran. Lagi Ram mengelak, lagi dia mendekat. Malah, semakin menjadi-jadi dia menggoda manja, sengaja buat Zulu naik angin.

“Awak sengaja cakap manja-manis, gedik-gedik macam ni, kan? Nak cari pasal dengan saya, kan? Jangan buat perangai ni depan kapten Zulu. Habis saya nanti!” – Ram

Tapi Ain… tetap Ain.

Mulanya, dia berani panggil “abang” depan Zulu sampai Ram kena headlock.

Kemudian, dia siap hantar bekal, dan Ram terpaksa pusing padang sambil memeluk bekal itu.

Paling teruk, kereta tolak kesayangan Zulu dibom kecil-kecilan gara-gara si abang tak restui. Dan siapa yang tanggung dendanya? Ram juga.

Makin lama, makin pening semua dengan karenah Ain. Tapi Ram… makin lama makin reda. Pasrah. Dia sanggup menanggung denda demi seorang Ain Inara.

Biarlah apa pun berlaku, demi Ain Inara… ku sanggupkan jua.
Kononnya!
×
WhatsApp