“Imran, awak nak tak kahwin dengan saya?”- QI Dia tebalkan saja muka, ajak lelaki itu kahwin

dengannya. Kahwin pula kahwin lari, tapi Imran kata mereka kahwin dekat oversea. Ah, lantaklah, yang penting lelaki itu setuju nak bernikah dengan dia. Dia dalam keadaan yang

terdesak, dan sangat

memerlukan bantuan lelaki itu. “Saya tak akan tinggalkan awak, saya tak akan jual

awak, dan saya tak akan tipu awak. Itu janji yang saya boleh beri buat masa ni. Dan awak jangan risau, selama awak bersama saya, nyawa dan keselamatan awak lebih utama dari nyawa saya sendiri.” -IMRAN

Dia bukan tak percayakan lelaki itu, bukan juga dia ragu-ragu, tapi hatinya

tetap rasa tak sedap. Dia tahu lelaki itu sukakan dia tak lebih dari seorang kawan, dan bantuannya pula kerana kasihan.

“Awak cadang nak kahwin dengan saya untuk berapa lama, Im?”- QI Berjayakah rancangan mereka untuk kahwin lari, atau Qi dah bertukar

fikiran di tengah jalan? Masalah apa yang Qi hadapi sehingga dia sanggup tawarkan Imran menjadi suami? Dan, untuk berapa lamakah tempoh masa mereka jadi suami isteri? Selama-lama, atau cuma untuk setahun dua?

×
WhatsApp