SINOPSIS TIHANI


“Tak guna kau perempuan! Aku ceraikan kau dengan talak satu!” Terang dan jelas suara Ammar melafazkan talak untuk aku.


​Diceraikan kerana mak mentua yang suka bermuka-muka dan tabur cerita dusta ditambah pula hasutan abang ipar dan adik ipar perempuan bermulut puaka membuat Tihani rasa lega. Untuk apa lagi menjadi isteri Ammar tak guna kalau dia diperlakukan seperti hamba.


​Selepas bercerai Ammar tidak henti-henti menganggu. Diajak Tihani rujuk, tapi Tihani tidak mahu. Tak sudi dia jadi hamba abdi lagi. Nasib baik ada penyelamat iaitu Encik Irsyad yang merupakan best friend abangnya Fauzan. Setelah banyak dugaan yang dihadapi, Allah jodohkan mereka ketika mereka menunaikan umrah di tanah suci.


​Apakah pernikahan kali kedua lebih membahagiakan atau dugaan serta rintangan tidak putus-putus menimpa sebelum bahagia itu dapat digapai. Rumah tangga mana yang tidak dilanda badai.  


Kerana perlakuan bekas suaminya Ammar, Irsyad menghamburkan kata-kata pedih yang menghiris hati Tihani sehingga dia membawa diri. Cinta dan kemaafan cuba Irsyad raih daripada Tihani. 


Berjayakah Irsyad dalam misinya supaya Tihani sudi menerima dia kembali?


Memaafkan memang mudah, tetapi untuk melupakan memang payah. Serik! Itu yang Tihani Rasa. Hidup adalah pilihan. Pilih senyum atau marah.  Pilih kasih sayang atau membenci. Pilih memaafkan atau balas dendam. Kepada Allah dia berserah.

×
WhatsApp