Yang jahat,

Yang buruk,

Yang derhaka,

Yang takde masa depan,


Semuanya HANS GURKA! Cucu yang paling menyusahkan keluarga THE GURKA.


“Kalau yang suka calarkan maruah keluarga, takde orang lain. Anak kau lah, ngah. Si

Hans tulah. Kaki perempuan, kaki clubbing, penuh dengan gosip. Hari hari ada je isu

nak cemarkan maruah keluarga. Tengok anak aku, elok aje perangainya. Sepatutnya,

papa tak payah bagi share company tu dekat Hans! Dia tak layak walaupun cucu

sulung. Yang layaknya, anak aku!” - Ku Farida


Semua orang benci dia! Semua orang tak suka dia. Kerana perwatakannya yang

beku, tak mesra alam, dingin, muka ketat dan tegas, semua saudara cuba

memusuhinya, terutama ERITH GURKA. Namun, langsung dia tak kisah dan tak

menjadi kudis baginya.


Tapi, bila ERITH mengkhianatinya, lantas sikap “iblisnya” muncul tanpa disuruh.

Tunangan Erith dia rampas secara paksa sehingga menggemparkan serta

mencemarkan maruah keluarga.


“Aku dah ‘rasmi’ tunang kau, so sekarang still nak kahwin ke? Ku Farida boleh terima

ke menantu yang dah kena tebuk dengan anak saudara yang paling dia benci?” -

Hans Gurka


“Celaka kau, Hans!”


Dek kerana ingin mengajar, si gadis suci menjadi mangsa.

Dan malangnya, nasib Daria, dia menjadi mangsa pergaduhan antara sepupu.

Menjadi tunangan Erith Gurka, tetapi menikah dengan Hans Gurka


“Perempuan kotor macam tu, tak layak jadi menantu aku! Ramai lagi perempuan elok

atas dunia ni, Erith. Kau cakap je nak macam mana, mama boleh carikan. Cari yang

sekufu bukan macam perempuan tu!” - Ku Farida


Bukan setakat kena hina, tamparan pun singgah di pipinya. Hadiah dari Erith sebagai

bekas tunangan.


“Kau kotor, lebih kotor dari longkang, Daria. Get lost!” - Erith Gurka


“Harini hari terakhir kau nampak dan sentuh, Daria. Sekali lagi kau tampar bakal isteri
aku, penjara tempat kau!” - Hans Gurka

Walaupun dilindungi seperti itu, tetap tak mampu melembutkan hati Daria. Baginya,
Hans pemusnah hidupnya. Pemusnah cintanya. Pemusnah segala-galanya. Hanya
kebencian saja wujud untuk Hans Gurka.

“Sampai mati pun, aku takkan sesekali sukakan kau, Hans. You dah ragut kesucian I.
You dah hancurkan hidup I. Aku benci kau, dan sampai mati tetap benci.” - Daria Liza.

“Aku tak suruh kau sukakan aku pun. Cukup aku dapat rampas ‘harta’ Erith, pun dah
memadai. Apa saja barang kesayangan Erith, aku akan rampas dan hancurkan. Sama
macam kau. So, tak perlu nak fikir nak jadi isteri mithali sebab aku tak harapkan kau
jadi isteri aku pun.” - Hans Gurka.

Dinginnya Hans Gurka, semakin mencipta jarak antara mereka. Perkahwinan terikat
bukan kerana cinta, tapi dendam semata-mata. Dan dia, adalah tanda trofi
kemenangan Hans Gurka melawan Erith Gurka.
×