Pengkhianatan suami kesayangan bikin sekeping hati Inez Khaleeda hancur berderai. Dia rela meninggalkan kemewahan dan lari daripada hubungan toksik. Kehadiran Nolan jadi sinar baru dalam hidup Inez. Ketika sedang bahagia, Romeo Ilyas kembali menagih cinta.

“Oh, you tak suka watak I? So, you nak I jadi apa? Kekasih yang lama terpisah dengan

buah hatinya atau suami yang dikhianati isteri tercinta? Pilih satu.” Romeo. Romeo bereaksi seolah-olah dia suami mithali. Dia enggan

melepaskan Inez dan berterusan menyeksa emosi isterinya. “Eh, apa sebenarnya yang you nak hah? I ni tak bernilai sesen

pun pada you. Apa masalahnya kalau kita bercerai?” - Inez “I nak isteri I yang dulu. Yang cintakan I sepenuh hati.”- Romeo. “Isteri you dah lama mati. Mati lepas you khianati cinta dia.” Inez Jiwa Inez memberontak gara-gara terpaksa meneruskan tali

perkawinan. Dia cuba pelbagai cara untuk buat Romeo membencinya. Romeo pula semakin gigih berusaha memenangi sekeping hati Inez.

“Apa kena dengan kamu ni? Tak cukup ke berbelas tahun aku

ajar ilmu agama? Kamu memang suka jadi isteri nusyuz? Suka banyakkan saham ke neraka?” - Puan Bariah. Dek kebencian menggunung, Inez tolak tepi soal dosa atau

pahala. Misinya hanya satu. Dia mahu Romeo melafazkan cerai secepat mungkin. “Perlu ke tunjuk sikap over possessive you tu?” - Inez “You’re mine. It’s driving me insane to think of someone else

touching you.”- Romeo Perhatian dan kasih sayang Romeo bukan olok-olok. Puas Inez

menghamun dan menyakiti, namun Romeo tetap bersabar. Bila musibah besar menimpa Inez, Romeo masih setia di sisi. Inez keliru. Mengapa Romeo begini? “You anggap I ni sebagai trofi untuk tunjuk pada orang ramai

yang you ni lelaki baik. Hartawan muda yang sanggup beristerikan perempuan yatim piatu yang merawat ibu you. You tak pernah ikhlas cintakan I kan Rom?” - Inez. Tatkala hakikat sebenar terdedah, Inez tumbang menyembah

bumi. Terlalu banyak rahsia Romeo sorok daripada pengetahuannya. Bisakah hubungan yang bagai telur di hujung tanduk itu diselamatkan? Adakah masih berbaki cinta suci Inez untuk encik suami? Dan benarkah di hati Romeo hanya ada Inez seorang?

×
WhatsApp