Benarlah orang kata, jangan benci sangat, nanti jadi suka. Saat dapat tahu papanya memandai

aturkan jodoh, Haider

menyinga. Ingin saja ditunjalnya dahi perempuan yang terhegeh-hegeh mahu jadi isterinya. Namun, bila bertemu Zarith, dunianya berubah 180 darjah.

“Suami yang bimbing ke neraka?

Jahat sangat ke aku ni?” - Haider. Pertama kali menatap Haider, Zarith

macam nak pengsan. Lelaki itu lebih menyeramkan berbanding hantu. Tertanyatanya kenapa abangnya, Iqram boleh bersahabat baik dengan lelaki sekerek

Haider. “I kacak, kaya dan ada kerja bagus. You sepatutnya bersyukur

dijodohkan dengan lelaki macam I. Kalau you cari calon suami di keseluruhan Hotel Eden sekali pun, mustahil jumpa lelaki yang pakejnye lebih bagus dari I.”- Haider.

“So, Encik Haider yang kacak, kaya dan ada kerja bagus,

kenapa you tak kahwin dari dulu saja?” - Zarith. “I’m waiting for you, my Zarith Erika.” - Haider

Haider spesies lelaki bermuka tembok dan tak makan saman. Apa yang dia nak, dia pasti dapat. Tak peduli guna cara baik atau

jahat. Dan sekarang dia cuma mahukan sekeping hati Zarith. “Siapa nak kahwin dengan you?”- Zarith. “Hanya you yang akan jadi isteri I. I tak terima sebarang

penolakan.”- Haider. Suka puji diri sendiri, suka memaksa. Itu hobi Hans Haider.

Boleh gila Zarith melayan tingkahnya setiap hari.

“Let me put this straight, walaupun I setuju jadi girlfriend you,

itu bukan bermakna I akan gadai body I untuk you. I tak suka you sesuka hati sentuh I. Tolong faham mana dosa, mana pahala.”- Zarith Hati perempuan macam kerak nasi. Lama-lama dicurah air, akhirnya berkecai jua. Namun, hati Zarith ni macam karat kuali, susah

betul nak tanggal. “Kenapa you sibuk sangat campur urusan I dengan Shila?!”Zarith “Kalau I tak campur, you nak buat apa? Jilat tapak kaki dia,

supaya dia maafkan you?” Haider sarkastik. Pantang Zarith bila orang lain memburukkan Shila. Shila itu

sahabat dunia akhiratnya. Dia lebih sayangkan Shila berbanding Haider yang muncul tiba-tiba. Persahabatan yang diagungkan bermasalah kerana Haider. Zarith terhabis daya mempertahankan Shila, namun Shila gunting

dalam lipatan. “Walau you tak suka I lagi, I akan buat you tetap sukakan I.”Haider. Cakaplah apa saja, Haider berkeras mahukan Zarith. Dan Zarith

terbelit antara cinta yang baru memutik juga persahabatan akrab. Bisakah dia mempertahankan kedua-duanya?

×
WhatsApp