The heartbreaker atau bahasa kasarnya buaya. Itulah

gelaran yang paling sesuai untuk seorang Hael Heeder.

Membuat wanita jatuh cinta lalu dihancurkan hati itu

selumat lumatnya adalah game paling seronok.


Tatkala wanita menangis, melutut kerananya, dia rasa

puas! Langsung takfikir hati da perasaan orang yang

dia lukai.


“Hael, perempuan yang kau lukai tu, adalah puteri

yang dijaga baik oleh ayahnya. Kau tak kasihankan

mereka ke?” - Fizi


“Mereka yang tak kasihan diri sendiri. Cuba untuk

masuk kendang aku,sedangkan dia tahu buaya sedang

kelaparan.” - Hael


“Jangan sampai game, memakan diri sendiri sudah.”-Fizi


Dan ternyata, doa itu dikabulkan Allah SWT. Hael tersangkut dekat seorang

perempuan yang biasa-biasa tapi, jelingannya mampu buat Hael terduduk.

Seperti biasa, taktik buaya dia gunakan.


Malangnya tak berhasil.Perempuan itu, lebih teruk daripadanya. Heartless.

Jerk. Arrogant. Sweet but, physcho!


“You know what, heartbreaker? Lelaki macam you, hanya untuk check in dan

blah.” - Fareen


Selalunya, dia yang jadikan perempuan mangsa. Kali ini, dia hamper menjadi

mangsa. Nampak jinak, tapi sukar ditangkap. Nampak boleh dikuasai, tetapi

setiap kali mendekat, si perempuan lari.


Boleh diikat dengan akad lafaz, malangnya hidup mereka tak seperti suami

isteri. Siapa perempuan itu? Kalau hadirnya sekadar untuk menyakiti, untuk

apa kurung diri sendiri dalam ikatan perkahwinan?


“You tak kenal dengan siapa you bermain api, Fareen.”


“You tak kenal dengan siapa you berkahwin, Hael.”


Cinta yang pernah bertapak, mula menjadi dendam. Hael akan

pastikan,Fareen menyesal dengan pilihan sendiri. Dia heartbreaker. Dia

akan pastikan, hati Fareen hancur selumat-lumatnya hingga tiada sisa

mampu dia kutip.


Dan bagi Fareen pula, mengahwini Hael hanya untuk melunaskan

dendam.Kerana heartbreaker seperti Hael, tak layak bahagia. Walaupun dia terpaksa mempertaruhkan kebahagiaan sendiri. Dia

sanggup. Demi melihat sekeping hati Hael, merana.

×