Tajuk:  Terus Setia Mencintai


Caption : Setia menjadi penunggumu sehingga kau menjadi milikku.


Blurb


Mereka ditemukan atas tanggungjawab yang diamanahkan sekaligus menjadi orang utama dalam sebuah projek besar syarikat. Kerana percintaan lalu yang gagal membuatkan Alia Qaisara tidak berminat untuk mengenali mana- mana lelaki. Hati dia sudah tutup sepenuhnya. Terjumpa pula dengan Razee Hadif membuatkan hidupnya serba tidak kena dengan setiap aksi lelaki itu.


"You tahu tak you ni menjengkelkan!" - Alia Qaisara


Namun sebenarnya perilaku Razee yang mengusik Alia rupanya ada terselit secebit perasaan terhadap wanita itu tanpa dia sedari. Kerana terlalu berani dia meluahkan tanpa risau dia bakal kecewa.


"Ya, itu pilihan kau. Aku tak memaksa kau untuk terima aku..." - Razee Hadif


Alia mahu mencuba. Sekaligus dia membuka pintu hati buat Razee. Apabila hati sudah mula menerima, dia disajikan dengan kecurangan lelaki itu.


"You're liar! I hate you!" - Alia Qaisara


Alia membawa diri. Meninggalkan Razee yang tidak sempat untuk menerangkan segala yang terjadi. Beberapa tahun Alia menghilang, Alia muncul dengan dirinya yang baru.


"Abang setia menunggu Qai..." - Razee Hadif


Mampukah Razee dapatkan semula cintanya yang telah pergi? Bagaimana kesetiaan mampu mengubat rindu di dalam hati mereka? 

×
WhatsApp