SINOPSIS TERUS MENUNGGU


Kerana cuba menyelamatkan nyawa seseorang, Zaffran cedera sehingga fizikalnya tidak lagi sama seperti dulu. Saat dia memerlukan seseorang disisi, tunangnya tidak dapat menerima keadaan dirinya itu dan perkahwinan yang bakal dibina terhenti separuh jalan.


“Dengan keadaan Zaff sekarang ni, Zaff faham kalau Serina nak putuskan pertunangan kami” -  Zaffran.


“Mama yakin akan ada seseorang yang akan sayangkan Zaff seperti mana mama dan papa sayangkan Zaff”.- itu kata mamanya saat memujuk lelaki itu.


Saat Alisha hadir dalam hidup dia, Zaffran ragu-ragu. Dia tidak sempurna, tetapi wanita itu memilih untuk tetap bersama dengannya.


“Aku buruk. Kau nak ke hidup dengan lelaki buruk macam aku? Kau tak takut kena keji?” – Zaffran.


“Kenapa saya perlu takut dikeji sedangkan suami saya dah lakukan perkara yang baik. Parut ni bukti awak seorang yang berani dan punya hati yang baik” – Alisha.


Saat bahagia mula menyinari rumahtangga mereka, Alisha hilang secara tiba-tiba. Tanpa sebab, tanpa sebarang berita!


Setelah 4 tahun lamanya, mereka bertemu dalam situasi yang tidak disangka. Zaffran muncul dengan imej baru dan Alisha langsung tidak mengenali lelaki itu.


“Sorry again, Encik Zaim. Your face looks so familiar. Have we met before?” – Alisha


“I don’t think so!” – Zaffran.


Ketika Zaffran mencari punca sebenar kehilangan Alisha, muncul si kecil yang mirip wajahnya. Tapi Alisha menafikan tentang itu. Dalam masa yang sama Serina muncul menagih kembali kasih daripada Zaffran.


“Alisha pun tinggalkan you. Dia dengan I tak ada beza. Dua-dua pernah tinggalkan you!” – Serina.


Saat rahsia terbongkar kenapa Alisha tinggalkan dia 4 tahun lepas, Zaffran terkedu. Adakah Zaffran kekal setia menunggu dan menerima Alisha? Mampukah dia selamatkan perkahwinan mereka? Atau berjayakah Serina mendapatkan Zaffran kembali.

×
WhatsApp