Mereka bukan kahwin paksa. Bukan benci jadi rindu.

Apatah lagi, tak cinta lama-lama jatuh cinta. Bukan

tipikal perkahwinan paksa. Mereka saling mencintai.

Tapi, perasaan tu semakin pudar kerana orang ketiga.


But, wait… bukan orang luar! Keluarga sendiri yang

suka masuk campur rumahtangga mereka buat Bella

hilang rasa.


“Bella… kau dah masak belum? Kakngah lapar ni.”


See! Dia baru je balik kerja. Baru 5 minit rebahkan

diri. Dah berbunyik dah. Pekakkan telinga. Bella

pejam mata.


“Bella. Dah pukul berapa dah ni? Sekejap lagi Qush nak balik dah. Cepatlah

masak. Aku dengan anak anak tak makan lagi ni. Pemalas betullah kau ni.”

Selamba je kakngah buka pintu dan sound dia.


“Aunty Bella…” Dan anak-anak dia menjerit, panjat katil dia. Melompat-lompat. Tak sedar, bibir melepaskan keluhan. Kepala serabut.


“Kau upah bibiklah senang.”


“Kakngah ada dekat rumah, kan? Kakngah tak boleh masak ke?” Perlahan dan

lembut je suara dia. Tapi, kakngah dah cerlung mata dekat dia.


“Amboi! Kau ingat aku orang gaji rumah kau ke? Tak hingin aku. Upahlah

bibik. Kau kan banyak duit. Bukan mahal mana pun. Jangan kedekut sangat.

Duit tu tak boleh bawa mati pun.”


Hmmm. Baguslah tu! Dahlah menumpang rumah orang. Buat macam rumah

sendiri. Tuan rumah pulak yang kena buat kerja. Dengan anak-anak dia yang

bising lagi. Sumpah Bella tak tahan!


“Cepatlah masak. Jangan malas sangat. Sia sia je kalau Qush ceraikan.”

Gesa kakngah lagi.


Aku rela kena cerai, kakngah. Daripada hadap korang semua. Masalahnya,

Qush tak nak ceraikan. Asyik suruh sabar dan memahami keadaannya.

×