Geram sungguh bila hidupnya yang aman damai, tiba-tiba jadi tunggang terbalik bila
hadirnya dua insan yang paling dia tak suka. Masih bujang, tapi dipanggil daddy.
Mahu dia tak hangin?
“I’m not your daddy, little girl.” - Tengku Gdan
“I want you to be my daddy. Sebab you handsome.” - Yaya.
“Never ever! And one more thing, jangan panggil I daddy.” – Gdan
“Okay, Gdan.” - Yaya
Terhenyak Gdan bila mana budak kecil tu melawannya. Sepatah dia bercakap,
sepuluh patah budak tu menjawab. Bukan setakat tu saja,dengan mak-mak budak
sekali dia rimas.
“You tahu kan, I tak suka you. Sama jugak dengan anak you. Sejak korang ada dalam
rumah tu, I rasa rimas. So, keluar secepat yang mungkin.”-Tengku Gdan
“We have a mutual feeling, Gdan. I pun tak suka you. Tengok muka you pundah
menyampah. Setiap kali tengok muka you, I nampak wajah abang tak guna you tu.” -
Tania
Setiap saat, setiap masa mereka selalu bertekak. Kalau bukan dengan mak,mesti
dengan anak. Sehingga menjadi rutin hariannya. Dalam membenci,takdir menentukan
sebaliknya. Tiba-tiba mereka disatukan sebagai suami isteri kerana si kecil.
“I kahwin dengan you sebab mama je tau. Sebab mama tu tak nak budak kecik tu
kena rampas. So, sila behave. Jangan berangan nak jadi isteri I yang sebenar. You
masih menumpang dalam rumah ni.”
Itu yang mulut cakap. Tapi, lama kelamaan yang benci berubah jadi
sayang.Sehingga, sesaat Tania dan Yaya menghilang,Gdan jadi tak tentu arah.
“Tania, I nak tidur. I need my pillow.”
“Tania, I need my energy. Hug me.”
Tania itu, Tania ini, sampai Tania naik rimas. Miangnya takde ubat. Tak sangka si ego,
bertukar menjadi si miang. Sampai tak terkawal perangainya.