Melamar kawan baik sendiri, tak pernah ada dalam kamus hidup dia. Malah, bagi

dia..bila namanya kawan. Akan kekal sebagai kawan sehingga mati. Malangnya, apa

yang terjadi sekarang adalah sebaliknya. Am Imtiaz melamar Darween tanpa sebarang

alasan.


"Are you crazy, Am? You masuk meminang I? Tanpa I tahu apa-apa? Are you out of

your mind?" Darween.


Tak terjangka dek akal, tetamu yang datang senja-senja dikala syaitan tengah

berasmaradana, adalah rombongan meminangnya! Apatah lagi depan mata, Am Imtiaz.

Lagilah tak tercapai dek akal.


"I have no choice. Kalau I tak kahwin, nenda nak suruh I kahwin dengan cucu kawan

dia. Cliche, kan? I rasa, tu cara dia paksa I kahwin je. Daripada I hidup dengan

perempuan entah apa-apa, lebih baik I hidup dengan you, kawan baik I. I tak suka

dikongkong. I tak ready lagi nak berkahwin."


"Then, tak payah berkahwin. jangan heret I dalam masalah you. Perkahwinan ni, bukan

macam you main pondok-pondok. I akan terikat dengan you selama-lamanya. I tak

boleh bercinta dengan orang lain.”


"Kalau you duduk di tempat I. You sanggup?"


Am hulur gambar si perempuan yang mengejarnya. Darween terkedu. Bukan niat nak

gelak, tapi bibir tetap derhaka.


"Walaupun kita kahwin, you still dengan life you. I still dengan life I. I takkan halang you.

You boleh bercinta dengan orang lain if you nak. Or whatever jelah. Just cukup syarat

tolak cadangan nenda. lagipun, family kita memang dah lama rapat, kan? Easy, right?"


Easy kepala hotak dia. Mula-mula, memanglah tak ada rasa. Semuanya smooth seperti

yang dirancang. Namun, bila hidup bersama. setiap hari berjumpa. saling tukar

senyuman. mereka tak sedar, hati dan perasaan juga saling bertukar rasa.

Jauh dari sudut hati, ada rasa 'aneh' yang muncul. Malangnya, dua-dua menafikan. Ego

dan prinsip lebih menguasai berbanding hati. saling menyayangi, namun bibir terkunci

rapat.


Sampailah satu masa, kehilangan mengajar erti menghargai. Dua jam Darween tak ada

depan mata, barulah Am rasa hatinya tak tenteram. Darween outstation, dia tak boleh

buat kerja. Darween jumpa kawan, dia macam cacing kepanasan. Darween melaram

cantik-cantik, dia panas bontot. Akhirnya, dia ketepikan prinsip, turunkan ego, luahkan

apa yang terpendam.


"I think I fall in love with you. Boleh tak, kita ketepikan soal hubungan kawan baik dan
jadi isteri I yang sebenar."

Permintaan Am diluar fikiran hati. Apatah lagi nak menerima. Mentah-mentah dia
menolak.

"I just anggap you kawan. Tak lebih daripada tu. jadi, jangan nak mengarut. Stay as a
friend."

Di saat mulut mengucapkan, tak selari dengan hati. Sudahnya, bila Am makin
menjauh, dia mula tercari-cari. Waktu berganti waktu, hati mula terasa tempat
bersandarnya kian hilang. Hidup terasa sepi. Malangnya, semuanya sudah berakhir.
Kerana ego, bahagia terkubur.
×