Mai Estella dan Zander Aryan

bersahabat lama. Menyulam cinta juga bukan baru sebulan. Namun, hubungan mereka tak seindah yang digambarkan. Noda-noda hitam bercampur dalam aturan takdir.

“Siapa makan cili, dia rasa pedasnya.

Siapa yang cakap nak pergi main golf, tapi end up masuk hotel? Main golf atas katil ke? Bravo Zander. You really impressed me. Awaklah lelaki paling jujur dalam dunia ni.”- Mai.

Mai kerap menjeruk rasa dek perangai

buaya darat Zander. Malangnya, tak mudah hendak meleraikan pertalian hati. Dia juga enggan memperjudikan nasib. “I dah bersumpah yang I takkan beristerikan perempuan lain,

selain you. I akan tunggu sampai you said yes to my proposal.”Zander.

Zander lelaki tamak. Dia inginkan Mai dan dia juga mahu

meneruskan lumrah maksiatnya. Kekayaan dan kuasa membuatkan dia tak pernah rasa salah.

“Just because you love someone, it doesn’t mean that you

should let them make a fool out of you.” - Dean Kemunculan pesaing lama bikin hati Zander dicengkam

cemburu teramat. Cinta toksiknya bermaharajalela saban hari. “Next time kalau you nak jumpa dia, bawa I sekali. Bila jumpa

dia, you jangan duduk dekat sangat. Jangan senyum lebar sangat. Tak payah nak ketawa. Seriuskan saja muka tu.”- Zander

Mai lali dengan sikap mengongkong dan pentingkan diri Zander.

Tapi, semuanya masih ada batas. Dan bila batasan dilanggar mudah, Mai tengadah. Kehadiran Kristin juga menambah konflik mereka.

“Kejujuran awak jauh lebih murah berbanding buku-buku tu

Zander.” - Mai. Saat cinta Mai semakin pudar, Zander bijak memanipulasi

keadaan. “I don’t need anyone else, sayang.”- Zander. “Then prove it to me. Setahun Zander. That’s my limit.”-Mai Zander berdosa merabakkan hati Mai. Kehilangan Mai buat dia

hampir gila. Masih bisakah dia membetulkan kesilapan lampau? Bersisakah cinta Mai untuknya? Dan adakah lelaki sejahatnya layak untuk gadis sesuci Mai?

×
WhatsApp