Tan Sri Syed Fachry. Dengar nama pun dah tahu dia bukan calang-calang orang dan
semestinya berumur. Yelah! Mana ada lelaki muda dapat gelaran Tan Sri. Tapi, yang
tua itu jugalah yang dia tergila-gilakan walaupun ditentang oleh keluarga.
“Mak tak akan sesekali izikankan kamu kahwin.Lelaki tu, sebaya ayah kamu. Jangan
nak memalukan mak dekat kampung ni, Ee.” - Cik Gayah
“Ee nak kahwin dengan dia. Suka atau tak, ayah kena bagi wali. Kalau tak, Ee kahwin
dekat Siam.” - Eman Ezalia
“Dah tak ada lelaki bujang ke kat dunia ni sampai kamu tergila-gilakan duda terlajak
umur tu? Atau, dah penat sangat hidup miskin sehingga sanggup jadi isteri kepada
lelaki yang layak jadi ayah kamu! Mentang-mentanglah dia orang kaya.”
“Umur je lebih kurang ayah. Tapi, rupa dengan penampilan kalah orang muda. Mak
tak nampak ke badan dia sado. Muka dia handsome nak mati. Silap haribulan, orang
cakap dia tu anak ayah!”
Semakin Cik Gayah menghalang, semakin Eman Ezalia melawan. Cik Gayah ugut nak
buang keluarga, dia ugut nak jadi anak derhaka, kahwin dekat siam. Sudahnya,
kerana terlalu sayang, Pak Kassim setuju bermenantukan lelaki sebayanya.
“Kalau tak bahagia, jangan cakap ayah tak nasihat. Kahwin ni, bukan harini je. Untuk
selama-lamanya.” - Pak Kassim.
Bukan setakat Cik Gayah je tak setuju. Tan Sri Syed Fachry pun sama. Macam mana
perempuan sebaya anak saudara dia boleh jatuh hati dengan dia? Sedangkan jarak
umur mereka terlalu jauh. Malah, mustahil!
“Awak sedar tak apa yang awak sedang buat? Boleh fikir sekali lagi tak? Kenapa nak
kahwin sangat dengan saya?”- Tan Sri Syed Fachry.
“Sebab awak tak ada bini.”
Mudah jawapan Ee. Sukar untuk dia terima. Namun, nak mengelak tak boleh. Seperti
mana Ee melawan mak dia, seperti itulah Ee memaksanya untuk bernikah.
“You tahu tak, nanti kawan-kawan saya cakap saya kahwin dengan anak sendiri. It’s
nonsense, Eman! I will not get marry!”
“Jawab jelah ‘lepas kahwin baru dapat anak sendiri.’”
Lain yang dia sampaikan, lain yang Eman faham. Akhirnya, Syed Fachry mengalah
dengan kemahuan Eman. Jadi suami, kepada seorang gadis mentah baru nak
meningkat dewasa.
“Don’t regret it.” - Syed Fachry
“I will. Kalau awak tak reti bagi anak.” - Eman Ezalia
Sepatah dia bersuara, sepuluh patah Eman membalas. Akhirnya, dia memilih untuk
zip mulut ikut segala kemahuan Eman. Jangan di hujung hari, penyesalan yang
bertapak dalam hati.