Sirhan tidak pernah mengimpikan perkahwinan kali kedua. Seluruh jiwa dan raga diserahkan sepenuhnya kepada isteri tercinta, Puan Sri Norin. Tapi, tiba-tiba saja dia dipaksa oleh Norin untuk berkahwin lagi satu.

Kata Norin, dia sanggup lakukan apa saja demi memastikan cita-citanya untuk menguasai Sadiq Groups tercapai. Begitu murah rupanya nilai cinta serta kasih dan sayang yang dia tumpahkan pada Norin selama ini. Puas dia menolak, tapi pendirian Norin terlalu sukar untuk digugat.

“You tak payah nak berlakon baik depan I, Rana. You buat semua ni sebab you dibayar, kan? I kenal ramai perempuan macam you. Luaran aje nampak baik macam malaikat, tapi di dalam you mungkin iblis bertanduk seribu.”-Tan SriSirhan Lee.

“You tak payah nak berlakon baik depan I, Rana. You buat semua ni sebab you dibayar, kan? I kenal ramai perempuan macam you. Luaran aje nampak baik macam malaikat, tapi di dalam you mungkin iblis bertanduk seribu.”- Tan Sri Sirhan Lee.

“Tan Sri boleh bencikan saya, tapi tolong jangan hina saya. Maruah dan harga diri saya tak semurah yang Tan Sri fikirkan.” -Rana.

“Perempuan macam you tak layak lahirkan zuriat I!” -Sirhan.

Sakit dan pedih hati Rana bila dipandang hina oleh lelaki bergelar suami. Dia tak meminta lebih. Dia cuma mahu Sirhan tahu yang dia sendiri tidak pernah rela untuk berada dalam situasi itu. Tapi, kebencian Sirhan terhadapnya tak pernah surut.

Kenapa dia yang dihukum sedangkan segala yang berlaku bukan atas kehendaknya? Kenapa dia dipandang jijik walaupun dia cuba jadi isteri yang terbaik untuk Sirhan? Tak layakkah gadis sepertinya hidup bahagia seperti orang lain?

Namun, lakaran takdir punya rancangan sendiri. Diam-diam, hati Sirhan mula melebur dengan keikhlasan dan ketulusan Rana. Sikap Rana jauh berbeza dengan Puan Sri Norin. Macam langit dan bumi. Bersama Rana, dia dapat rasakan betapa indah dan manisnya memiliki isteri yang selalu ada di sisi.

Bersama Rana, dia mula sedar yang hidupnya selama ini kosong dan tak bermakna. Telatah Rana yang polos dan comel buat sekeping hati miliknya bergetar tanpa dipaksa.

Ketika hati disapa cinta, datang badai menghempas mahligai mereka. Satu persatu rahsia tentang Rana terungkai buat Sirhan terhenyak dalam kekesalan. Dan, dia berjanji untuk menjaga bidadarinya hingga akhir nafas. Tapi, jalan yang dia pilih penuh dengan liku dan kejutan.

Dendam kesumat Puan Sri Norin menggugat bahagia yang mereka kecapi. Dia mahu hapuskan Rana walau dengan apa cara sekalipun. Baginya, Rana tak ubah seperti parasit yang menghalang impian serta keinginannya.

Bagi Sirhan, senyuman Rana adalah perkara paling indah dalam hidupnya. Dan, dia sanggup berkorban apa sahaja untuk melihat senyuman itu terus mekar. Walau dia terpaksa kehilangan segala-galanya.

×
WhatsApp