“You are a devil. I can’t love a devil.”- Erika Mailin.
“There is always an angel for a devil. And, the angel should loves her devil”- Vir Gavril.
Erika tak pernah menyangka rancangannya yang selama ini berjalan dengan lancar bertukar menjadi mimpi ngeri. Selama ini, dia cuma mendengar tentang Vir Gavril dari mulut-mulut penduduk di bandar itu.
Vir, si raja mafia yang digeruni di bandar itu. Gara-gara status lelaki itu tercetusnya idea berani mati untuk gunakan nama Vir Gavril demi memastikan rancangannya berjaya. Dan, saat berdepan dengan lelaki itu, Erika tahu nyawanya cuma di hujung tanduk. Dia akan mati! Tapi, lain pula jadinya.
“You are mine. Forever and always… I’ll love you, baby.”- Vir Gavril.
Hanya satu malam! Satu malam yang mengubah hidupnya seratusperatus. Ya, satu malam yang buat dia terikat dengan lelaki itu sepanjang hidupnya. Tapi, Erika nekad untuk melarikan diri. Berjayakah dia? Mampukah Vir yakinkan Erika bahawa dia satu-satunya gadis yang bertakhta di hati? Dan, apakah pilihan Erika? Membenci atau mencintai?