Syaqib, seorang lelaki bermulut pedas. Ada saja yang tak kena di matanya. Kemunculan Hannan secara tibatiba telah menyebabkan Syaqib terikat dengan wanita itu sekali gus dia terpaksa membatalkan pertunangannya dengan wanita lain demi menikahi Hannan.
“Hati aku ni lagi pedih. Sebab kaulah perkahwinan aku batal. Jadi, sedar-sedarlah di mana kedudukan kau dalam hidup aku ya, Hannan. Bukan senang aku nak terima perempuan yang tiba-tiba datang dalam hidup aku macam kau ni.” —SYAQIB
Keadaan mendesak Hannan untuk akur pada takdirnya. Menjadi isteri kepada Syaqib tidaklah mudah untuknya. Dia tidak pernah dibuai dengan kata-kata mesra, setiap masa asyik mahu bergaduh. Hannan terpaksa menempuh ikatan pernikahan ini walaupun Syaqib langsung tidak punya rasa cinta untuknya.
“Kau mempersoalkan tanggungjawab aku untuk layan kau sedangkan kau dah layan lelaki lain dulu sebelum aku? Hebat permainan kau.” —SYAQIB
Di sebalik hati seorang isteri yang tulus, rupa-rupanya Hannan punya sejarah silam yang pahit. Lantas itu membuatkan hati Syaqib berbolak-balik mahu terus meletakkan Hannan di sisi hidupnya.
“Saya ni macam bangkai, abang. Tak payahlah abang nak tarik balik katakata abang pada saya sebelum ni. Saya memang jijik. Tak ada apa-apa dah pada saya ni. Cuma ada jantung aje. Tu pun dah penat nak bernyawa.” — HANNAN
“Abang minta maaf sayang. Abang minta maaf. Maafkan abang. Abang janji abang berubah. Abang takkan layan Hannan macam tu lagi.” —SYAQIB
Kehadiran Hannan rupanya membawa erti pelangi dalam hidup Syaqib. Cuma dia yang kurang bersyukur. Kebahagiaan rumah tangga itu nampaknya terlalu jauh dari gapaian. Mampukah ikatan pernikahan ini bertahan? Relakah Hannan terus membencinya?