“Perkahwinan harus disembunyikan daripada semua orang. Hanya you, I dan saksi

saja yang tahu.” - Syed Qaider


Tak pernah terfikir dia akan setuju dengan rancangan gila tu. Tapi, demi hidup

senang, Hazel rela hati. Lagipun, dia tak rugi. Qaider kacak, kaya, berkarisma. Pakej

lengkap!


Namun satu je yang buat dia annoying. Lelaki tu, miang yang amat!


“You ni ada keturunan ulat bulu ke? Kenapa gatal sangat ni? Sepatutnya kahwin

sorok-sorok, perangai tak macam ni.” - Hazel


“I dah cakap kan, i nak anak. Both of us agree to that. You nak hidup senang, I pula

nak anak lelaki. I ulang, anak lelaki. Dan bila you mengandung, I akan kenalkan you

pada semua orang.”


““Then, semua orang akan fikir I mengandung anak luar nikah. Macam tu?” - Hazel


Malangnya, tak sempat mengandung, mereka dah kantoi awal. Hazel terkedu, Qaider

terkelu. Rahsia terbongkar, plan berubah.


“Sebab youlah ni, rahsia terbongkar! I dah cakap, dekat luar sila behave. Bukannya

peluk sana, peluk sini, kiss sana, kiss sini. Ini bukan kahwin sorok-sorok, ini you nak

bagitahu semua orang I ni bini you!”


“Benda dah terbongkar. Bebel panjang pun takde guna. Gambar kita berpeluk dah

viral satu Malaysia. Enjoy jelah.”


Mulanya dia bahagia jadi isteri simpanan. Sekarang, dia rasa menyesal. Mana taknya,

perangai Qaider tak seperti yang dia sangka. Begitu jugak dengan keturunannya.

Namun, ada sesuatu aneh yang melekat dalam hati. Yang mana, walaupun hati

menyampah, kaki tetap tak mampu melangkah. Tetap terpasak di sisi Qaider tanpa

sebarang arahan.


×