“Sufie isteri terbaik abang. Abang takkan pernah menduakan ataupun mengkhianati Sufie. Anak bukan keutamaan Cukuplah Sufie ada dengan abang. Sufie perempuan pilihan abang.”


Itu janjinya, untuk sehidup semati. Namun, pada tahun kelima anniversary mereka, Affan mengkhianati cintanya sekali gus menghancur lumatkan perasaannya. Di hari bahagia meraka, Affan hadiahkan anak hasil hubungan dia dengan isteri kedua!


Sufie tersentak. Hatinya hancur.


“Di hari anniversary kita, abang bawak balik anak dengan perempuan lain! Disaat Sufie menunggu abang pulang dengan gembira, abang hancurkan kegembiraan tu sekelip mata. Tak cukup dengan itu, abang lumatkan hati Sufie dengan kehadiran anak abang! Abang cakap abang tak kisah kalau Sufie tak boleh mengandung! Apa semua ni?!” – Sufie Affiya


“Abang tahu abang salah, Sufie. Abang tahu abang dah buat Sufi kecewa. Tapi, percayalah Sufie. Semua ni, bukan kehendak abang. Ini hanya satu kesilapan. Abang tak pernah cintakan dia. Hanya Sufie dalam hati abang.” - Affan


“Tak cinta sampai melahirkan anak? Bullshit apa yang kau cakap ni, Affan? Jangan tunjuk muka kau lagi. Aku jijik!” – Sufie.


Kerana ‘kesilapan’ bodoh Affan, dia berubah menjadi perempuan kurang ajar. Dia berubah menjadi isteri yang tak mendengar kata. Dan dia berharap, agar mak memahami hati perempuan. Malangnya, dia dipersalahkan.


“Terima jelah takdir kau, Sufie. Anggap je anak ni hadiah untuk kau dari Allah SWT. Dah kau pun tak boleh mengandung. Tak salah berkahwin dua. Yang salahnya, kau tak boleh mengandung.” – Mak Kinah.


Tak cukup dengan anak yang curang, mak pun sama toksik. Sabar yang dia pupuk, kian menipis. Hari demi hari berlalu, hidupnya penuh tekanan. Cinta yang dulu dia agungkan, kini menjadi cinta yang paling menjijikan. Sekuat apa pun Affan merayu, tak mampu melembutkan hatinya yang terluka.


“Abang minta maaf, Sufie. Bukan niat abang semua ini berlaku. Percayalah Sufie, hanya Sufie dalam hati abang. Berilah abang peluang untuk tebus semua ini. Abang merayu, Sufie.” – Affan


“Luka yang paling sakit, adalah luka yang tak berdarah. Kadang, ada saatnya kita harus melepaskan demi kebaikan diri sendiri. Ceraikan Sufie, abang. Sufie dah tak boleh hidup dengan pengkhianatan ini.” – Sufie.


“Walau apa pun berlaku, abang takkan sesekali lepaskan Sufie.” – Affan.


Puas Sufie merayu, namun Affan berkeras untuk memiliki. Kalau hati tak mampu dia sentuh, cukuplah jasad Sufie sentiasa di sisinya. Sufie adalah jantungnya. Dia tak mampu hidup tanpa jantung.


Dan bagi Sufie, perpisahan ada terbaik untuk dirinya. Namun, perpisahan jugak bukanlah yang terbaik untuknya saat ini. Sungguh, Sufie buntu. Antara hati dan tanggungjawab, yang manakah harus dia dahulukan?

×