Julietta, suaranya saja bisa menggoncang nafsu Kayden. Saat bertentang mata, hati Kayden jatuh bergolek-golek. Bila si cantik itu buka mulut… “Jadi skandal I sepanjang you bergelar

tunangan orang.” - Juliet Permintaan Juliet sangat tak masuk akal dan Kayden percaya Juliet ada motif lain

mendekatinya. Kebetulan demi kebetulan menerbitkan curiga. “You ni ulat beluncas baru menetas ke? Merenyam aje

kerjanya.”- Kayden. Pada mulanya, Kayden cuba menghindari Juliet. Namun,

tarikannya terlalu kuat. Kayden rela hati menjalin hubungan terlarang. “Apa niat kau goda tunang aku hah? Macam tak ada jantan lain

kau nak menggatal.” - Anis. “Memang tak ada.” - Juliet. Perubahan sikap Kayden bikin Anis nanar. Lelaki yang disukai

belasan tahun lamanya kini terlalu membela perempuan lain. Perempuan misteri yang muncul bak hantu. “Kamu tu dah bertunang. Sedar tak? Apa perasaan Anis bila

nampak kamu asyik berkepit dengan Juliet?” - Basirah Campur tangan opah menyukarkan Kayden. Demi Juliet dia sanggup apa saja. Malangnya, Juliet tak sama pemikiran dengannya.

“I anggap you sebagai skandal. Bukan bakal suami. Dan skandal

takkan berakhir dengan perkahwinan Kayden.” - Juliet. Demi menjayakan misinya, Juliet tepis cinta menggebu-gebu

dari Kayden. Dia bertekad mahu menghancurkan hati lelaki itu selumat mungkin. Lebih baik Kayden membencinya sekarang. “Sejak mula, I tak pernah hingin jadi isteri you. So, I tak hairan

apa opah atau mama you fikir pasal I. I ulang sekali lagi. I jadikan you skandal sebab I nak hilangkan bosan. I just want to play around.

I’m not into a serious relationship.” - Juliet. “I dah membosankan you? Sebab tu you buang I?” - Kayden. Bila Juliet tunjuk belang sebenar, Kayden terngadah. Juliet

sorok banyak rahsia darinya. Rahsia yang buat dunia Kayden berantakan. Juliet terlalu lama berdendam. Dendam yang merosakkan jiwanya sendiri. Setelah misinya selesai, masih adakah sisa cintanya untuk Kayden? Adakah Kayden masih bisa menerima gadis sekeji Juliet?

×
WhatsApp