Adib. Sayangnya pada Nori, tak perlu dipertikai. Dia suka Nori, Nori suka dia. Tapi bila dah berkahwin, lain pula jadinya.
Nori. Dulu... Dia rasa dia suka Adib. Tapi ada beza rupanya sebelum dan selepas kahwin. Rasa suka itu semakin lama semakin hilang. Dia benci jadi ketua keluarga, dan bagi dia, Adib itu tak berguna.
Siti. Dia perempuan yang kebal dengan cinta. Berjumpa dengan Adib, dia langsung tak punya rasa, tak ada istilah cinta pandang pertama.
Bertemu Siti, bagi Adib itu rezeki. Siti yang garang, Siti yang susah didekati buat Adib tak berani. Tapi kalau dah jodoh, apa yang nak dikata? Tapi, bahagia itu tak lama, muncul Nori yang mahu mengulang kisah manis mereka semula. Adib janji tak akan berubah, tapi antara Adib dan Nori, ada Tisa di tengah-tengah.
Berserah sahaja, atau terus berjuang untuk lelaki yang dia cinta? Ah, kusut Siti dibuatnya!