Semua orang tahu mereka dah menikah. Tapi, takde siapa yang tahu mereka bakal
berpisah.
Tak ada sesiapa tahu, mereka dah tak serasi, dah tak duduk sebumbung. Termasuk
keluarga sendiri. Kerana itu, pilihan mereka berdua.
Tak ada orang boleh masuk campur. Malangnya...
“Tak boleh ke kalau kita tak stay rumah mama? You pun tahukan,hubungan kita
macam mana sekarang ni.” - Nurfellia
“Nenda sakit. Mama dah call I berkali-kali suruh balik tinggal dengan dorang. Kali ni,
cuma bagi kerjasama.” - EL
“Macam mana I nak bagi kerjasama kalau kita bakal bercerai? Sebulan dari sekarang,
kita akan berpisah. Jangan cakap you dah lupa janji you.”-Nurfellia
“I tak lupa, Nurfellia. I akan ceraikan you. You boleh kahwin dengan boyfriend you.
Cuma sekarang ni, keluarga you ataupun keluarga I, tak tahu kita bakal berpisah. And
now, nenda sakit. Suka atau tak, you kena korbankan masa you untuk nenda. Nope.
Both of us. Kena korbankan masa masing-masing.” - EL
Susah untuk dia terima, tapi dia takde pilihan. Nenda Tengah sakit. Dia dan EL kena
ada di sisi nenda.
“Okay. Dengan syarat, you akan ceraikan I. I tak boleh hidup dengan suami yang ada
skandal.” - Nurfellia
“Jangan risau. I akan lepaskan you untuk kahwin dengan boyfriend you.”-EL
Ego membunuh hubungan mereka. Namun, sepanjang berada di rumah nenda, lain
pulak yang jadi.
EL yang dingin, mula ambil berat. ELyang sering takde masa, sentiasa bagi masa
untuknya. EL jatuh cinta dengan perempuan lain, tapi kasih sayang diberikan
kepadanya. Sehingga dia konfius dengan sikap EL. Apatah lagi bila EL mula ubah
keputusannya. Buat hati dia gelisah.
“Macam mana kalau I cakap, I tak rasa untuk lepaskan you? Hubungan kita masih
boleh diperbaiki ke? What do you think, Nurfellia?” - EL
Fellia tergamam. Bibir tiada jawapan. Hati dan akal tak selari. Mampukah dia hidup
dengan EL yang hatinya sedang berbelah bahagi?Dan sanggupkah dia melepaskan EL
yang dia pernah cintai hidup dengan perempuan lain?