'Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan.'


Itu prinsip Adellia Hazen sebelum ini. Tapi, selepas melangkah ke dalam keluarga

"kandungnya", terus saja prinsip itu jauh tercampak entah kemana. Setiap masa,

Adellia terasa seperti ingin menamatkan riwayat sendiri.


Sungguh!


Berdepan dengan lelaki yang dikatakan abang kandungnya, hidup menjadi lintang

pukang. Berpusing 360 darjah.


Lelaki itu pelik. Sikapnya lain macam. Buat dia seram sejuk setiap kali mata

bertentang mata.


"Adik jaga abang baik-baik, barulah abang jaga adik sepenuh hati." Reez Hyaikal.


Ayat itu kedengaran janggal dipendengarannya. Namun, entah kenapa hati terusik

dengan setiap tingkah si abang. Dalam diam, Adellia memendam rasa.

Menyembunyikan perasaan terlarang dek kerana status.

Jiwa terseksa. Hati pedih. Tetapi, dia harus menelannya.


"Abang yang baik, adalah abang yang selalu menjaga kebajikan si adik. Yang selalu

melindungi adik. Yang selalu.."


"Menyayangi si adik? Kalau macam tu, we should get married."


Dia dah cakap dah! Segalanya tentang Reez Hyaikal meninggalkan seribu persoalan

yang mana dia tak mampu ungkapkan. Sehinggalah terluah sebuah lafaz yang tak

diduga, sekali lagi, Adellia Hazen terhenyak dalam kekeliruan.


"Apa lagi rahsia yang korang kena sembunyikan? Apa lagi penipuan yang korang

sedang rancangkan? Semua ni main-main ke di mata korang?" Adellia


"Sekali aku melafazkan, tak ada istilah main-main, Hazen. Semuanya terpulang pada

kau untuk mentafsirkan." Reez


Macam mana dia nak tafsirkan kalau semua ini sebuah permainan? Hati dah tercalar.

Jiwa dah robek. Tiada istilah peluang kedua setelah kepercayaan dikhianati.

Melainkan, sebuah perpisahan.

Adellia nekad. Langkah kaki, dia bawa tanpa arah tujuan. Dan dia tak akan sesekali

menoleh lagi.

×