"Kalau mandul, buat cara mandul. Aku nak Azril kahwin dengan Perempuan lain. Nak
tak nak, kau kena bagi izin." - Datin Mardhiah.
Bermadu, adalah mimpi ngeri bagi setiap isteri. Mana mungkin dia mampu berkongsi.
Azril cuma milik dia, dan akan jadi milik dia. Malangnya, bukan itu keputusan mertua.
Kerana zuriat, Farra dihina serta difitnah.
"Farra subur, abang. Tak ada masalah. Farra dah cek hospital. Abang pergilah cek
pula." - Farra
"Kau tu yang mandul! Jangan nak salahkan orang lain." - Azril.
Cadangan dia disalah tafsirkan oleh sang suami. Dek kerana itu, tubuh mula menjadi
sepak terajang. Hidupnya huru-hara sekelip mata.
Tak cukup dengan itu, Farra diceraikan tanpa belas kasihan. Sekelip mata, dia hilang
tempat bergantung.
Di saat diri hilang arah, Umar muncul tanpa disangka. Melamar dirinya yang hina
kerana satu asalan.
"Kahwin dengan I. Buktikan pada mereka yang you tak mandul." -Umar
Mustahil. Antara mereka berdua, tiada cinta. Apatah lagi, Umar tu sepupuAzril. Mana
mungkin Farra sambut huluran tangan dia.
Namun, hinaan demi hinaan daripada bekas keluarga mertua, Farra terpaks
amenyambut huluran Umar demi maruah.
"I tak cintakan you. I kahwin dengan you sebab nak buktikan mereka salah.I tak
sanggup dihina." - Farra
"For sure. Seberapa ramai anak yang you nak, I bolehbagi. Sebab I memang lelaki
gatal." - Umar.
Sengih senget Umar tu, buat jantung Farra tak senang duduk. Dia fikir,Umar cuma
berseloroh. Malangnya, Umar memang lelaki miang!
"I dah cakap I lelaki gatal. You tak nak percaya."
Farra rasakan dunianya terbalik 360 darjah tatkala menjadi isteri Umar.Senyuman
yang dulu hilang, kini kembali.