Dua hati bertemu atas suratan takdir yang unik. Kerana wasiat, Yasmine dan Youssef terpaksa membela anak perempuan kepada sahabat karib masing-masing yang kedua ibu bapanya meninggal dunia kerana nahas jalan raya. Mereka buntu sama ada ingin menolak atau bersetuju dengan wasiat itu? Jika mereka tidak bersetuju, anak itu akan dihantar ke pusat asuhan!

"Berdasarkan wasiat ni, Darwina perlu tinggal dalam satu rumah sahaja. Maksudnya, dijaga secara bersama oleh dua orang yang namanya telah tertulis di sini iaitu Encik Youssef dan Cik Yasmine. Tak dibenarkan untuk bergilir-gilir di rumah berlainan. Maksudnya, kalian berdua perlu duduk di bawah satu bumbung yang sama untuk membesarkan Darwina." — ENCIK DANIEL

"Kita tak perlukan cinta untuk jaga Darwina. Kita cuma perlu sayangkan Darwina atas rasa tanggungjawab. Darwina perlu membesar dalam jagaan kita. Tentang hati dan perasaan, kita kena ketepikan. Semua tu bukan keutamaan." — YOUSSEF

"Saya takut kalau saya dengan Wina susahkan awak. Saya tak tahu apa-apa tentang awak. Saya tak tahu awak suka memancing. Saya tak tahu umpan yang awak guna. Rumah ni pun rumah awak. Mesti awak terganggu dengan kehadiran saya." — YASMINE

Wanita berdarah campuran Jerman itu telah terikat dengan Youssef disebabkan suatu hal yang unik. Kerana seorang kanak-kanak, mereka menjadi sepasang suami isteri. Bermacam kerenah yang terpaksa mereka lalui sebagai ibu bapa angkat kepada Darwina. Namun kemunculan Bertha di kampung itu membuatkan Yasmine terpaksa menjejaki Jerman kembali.

"I tak peduli apa status you dengan anak I. I cuma nak anak I balik rumah semula! Anak I cuma satu aje dan sekarang I dah tak ada anak sebab orang macam you yang hasut anak I supaya tinggal dalam kampung ni! Dasar orang kampung bodoh!" — BERTHA

Bila hati tak tahan dibuai angin rindu, Youssef nekad mencari Yasmine di kota Jerman. Jerman menjadi saksi terbongkarnya segala hal yang selama ini Yasmine simpan sendiri. Di kota itu juga, Youssef benar-benar mahu mencipta lembaran baru dengan wanita yang pernah mengetuk pintu hatinya.

"Sekarang kau tak sorang-sorang dah. I am free this weekend if you maybe want to go fall in love? Hotel apa yang best kat sini sayangku Yasmine?" — YOUSSEF

Akankah cinta kerana wasiat ini berjaya? Mahukah Yasmine mengakhiri cara hidup mereka dengan sesuatu yang lebih indah? Dan, akankah mereka hidup dalam dunia yang benar-benar menjanjikan kebahagiaan buat keluarga mereka? Semua itu terletak pada dua hati yang suci.

×
WhatsApp