Tambahan pula, Raeef mula dekatkan wajah. Kami sama-sama dihimpit rasa asmara bersalut ego. Biasalah, kalau berdua ada yang ketiga. Nafsu mulalah tercuit. Raeef tu pula, lelaki. Lelaki yang menanti waktu untuk melepaskan tanggungjawabnya.
Aku pula, perempuan. Perempuan yang acah benci tapi mahu. Tipulah kalau korang cakap korang tak akan jatuh cinta dengan lelaki sekacak Raeef. Walaupun tak pernah mengenali, kalau dah jadi suami. Mesti ada juga perasaan nak tapi ego tu. Tambahan pula, suami aku ni tiga kali ganda kacak berbanding jantan tak guna si Afnan tu.
Teringin juga nak tahu apa rasanya bibir sensual milik lelaki kacak tu, tapi ego mengatasi segala-galanya. Malulah kalau aku yang menggedik dulu. Si Raeef ni pulak, lambat-lambat nak bertindak.
Kalau dah teringin tu, cepat-cepatlah grab. Aku pun tengah tak melawan ni. Duk tadah je muka ni. Nak tekap bibir tu pun, makan masa dua jam. Geram je aku nak sound, nak kiss ke tak nak? Kalau tak nak, tak payah nak dekatkan muka dengan gaya slow-mo. Menyakitkan hati je!
Tapi, kalau aku cakap macam ni, memang malu setahun. Awal perkahwinan, aku yang beria reject. Siap asingkan tempat tidur lagi. Kemain tak suka. Benci.
“Your lips are like wine..” dia jeda. Dia sentuh bibir aku dengan jemarinya. “And I want to get drunk.” Sambung dia lagi.
Dah kalau nak rasa tu, ambil jelah. Tak payah nak samakan bibir aku dengan wine! Tak malu ke dengan ayam dan itik yang tengah jadi saksi sekarang ni?
Menanti, tiada apa-apa tindakan. Raeef hanya sentuh je bibir aku. Punyalah lama aku tunggu dia bertindak. Namun, si suami hanya perhati je. Geram punya pasal, aku tepis tangan dia.
“Kalau tak nak rasa, tak payah nak sentuh-sentuh. Lambat betul nak tunggu bertindak. Huh!” Aku cakap macam tu dan terus berlalu pergi. Tinggalkan Raeef terkebil-kebil seorang diri di reban ayam.
Sakit hati sungguh! Zaman sekarang, orang dah tak berpujangga dah. Orang ambil je. Dah halal, kan?
Cubalah paksa aku sikit. Kalau paksa, aku tak melawan pun. Ini, bertanya. Boleh ke tak boleh? Haruslah aku jawab tak boleh!
Sebab aku dah tunjuk aku tak suka dia awal-awal haritu. Takkan aku nak turunkan ego aku dalam masa yang singkat?
Kalau paksa ni, bolehlah aku bagi alasan aku tak punya pilihan. Huh! Lembap sungguh!
Merengus geram, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Dekat dapur, ibu tegur dari mana. Aku tak jawab pun. Aku menonong masuk ke dalam bilik sebab sakit hati.
~
Habiskan nasi, aku bawa pinggan ke sinki. Basuh tangan, basuh pinggan, kemudian aku pusing tubuh. Pandang Raeef, aku perhati lama. Kemudian, bebola mata naik memandang ayah. Beralih semula kepada Raeef lalu jatuh pada kakinya.
Ayah cakap, syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Lantas, aku mengatur langkah mendekati Raeef. Duduk bersila di sebelah kerusi, lalu aku angkat kaki dia dan letak atas kepala aku.
Terkedu Raeef yang tengah makan nasi. Begitu juga dengan semua orang. Terbeliak biji mata tengok apa yang aku buat.
“Kau buat apa, baby?” Soal ayah dengan nada suara terkejut.
“Ayah cakap syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Baby sedang merasai syurga baby.” Balas aku innocent.
Tersembur air dari mulut abang long. Raeef terbatuk-batuk. Yang lain tepuk dahi. Sesaat…bussssshhhh!
Lencun tubuhku disiram satu jug air putih. Mata terpejam rapat dengan muka pasrah. Ayah siram aku dengan air!
“Kalau aku kata benak kan, marah!” Selar ayah. Mengekek mereka ketawa.
Raeef pun sama. Nasib tak tersembur nasi dalam mulut. Yelah! Tiba-tiba je aku letak kaki dia atas kepala.
“Bangun! Pergi bersihkan otak tu. Perangai tak habis-habis macam budak!” Marah ayah lagi.
Aku sengih kelat. Bingkas bangun dengan baju basah.
“Ayah yang cakap syurga bawah tapak kaki suami.” Aku tak mengalah, melawan balik. Nampak muka ayah semakin bengis, laju aku melarikan diri.
Mengekek semua orang ketawakan aku. Sama jugak dengan aku. Ketawa kecil bila dapat mengusik si ayah.
Saja je buat macam ni. Saja nak usik bekas komando pencen.