Mencintai lelaki tanpa hati dan perasaan sangatlah rumit. Dia cuma punya hati, namun cintanya ibarat takkan mungkin terbalas. Mereka bertemu kerana tajwid, dan tak disangka berakhir sebagai imam!
“Aku tak sukalah. Kau tak faham ke aku cakap apa ni? Aku tak biasa kena cium dengan perempuan. Ni pertama kali aku kena cium.” — Qiblat
“Ni pun pertama kali saya cium awak, tak ada pun saya over macam orang tu! Cakap ajelah yang awak suka, tapi tak nak mengaku.” — Khadijah
Walau Khadijah itu pemberani dan banyak mulut, hati Qiblat susah betul nak cair. Bagi Khadijah lain pula, walaupun suaminya itu jahat persis setan pun dia sanggup terima seadanya. Namun kala mereka diuji apabila Qiblat disahkan buta kekal, tika itulah kesabaran Khadijah direnggut dengan kejam.
“Aku tak makan pun aku tak kisahlah. Biar aku mati aje. Mata aku pun dah buta. Buat apa lagi aku hidup?” — Qiblat
Namun bila Khadijah sudah lelah dengan semuanya. Dia hampir menyerah pada takdir.
“Sebenarnya bukan sebuah perpisahan yang menyakitkan, tapi kenangan tentang kita yang tanpa cinta.” — Khadijah
Dan khilaf itu membuatkan Qiblat terduduk sendiri. Andai dulu mata Khadijah itu bercahaya terang bak rembulan, tapi kini mata itu menjadi
layu dan malap.
Tergamakkah Khadijah mengundur diri dari dalam hidupnya, sedangkan dia sudah mula mendamba cinta Khadijah dalam seluruh isi hidupnya?