HAQ
Dia lelaki berdosa. Dia lelaki yang pernah meleraikan cinta. Rasa bersalah itu tak pernah hilang meskipun berkali-kali kata maaf dia ulang. Melupakan apa yang berlaku dia tahu tak mudah bagi wanita itu, tapi dia tak pernah putus harapan, moga suatu masa, wanita itu akan mengerti apa yang terjadi sudah ditentukan sejak awal lagi.
“Aku tahu aku yang berdosa. Apa yang aku buat tetap tak mampu untuk menebus semuanya.”
KARTINI
Dia pernah bahagia. Dia pernah rasa apa itu cinta. Tapi sekelip mata, mimpi yang pernah dipinjamkan padanya itu direnggut dengan kejam. Dia tak akan memaafkan, tak pernah juga akan melupakan. Menerima lelaki itu umpama menikam luka pada tempat yang sama, tapi dia tak peduli asalkan lelaki itu terima balasannya. “Mungkin kau fikir aku tak tahu apa-apa, tapi percayalah wajah polosku mampu untuk menipu semua.”
NUDRA
Dia pernah diberi mimpi indah, namun sekelip mata mimpi itu hilang. Dia tak pernah peduli kalau dia terpaksa merayu cinta. Kerana dia tahu yang lelaki itu amat mencintai dia.
“Tolonglah Haq, tolonglah pandang aku di sini. Akan aku tawarkan sihir yang dikenakan dia.”
Dalam pertarungan merebut cinta yang masih ada, tak tahu siapa yang bakal kalah, siapa yang akan jadi pemenangnya. Teruskanlah bermimpi, kerana kita belum tahu, mimpi siapa bakal dirampas kali ini