Kecewa, itu biasa. Ditinggalkan pun dia pernah rasa. Tapi dikhianati oleh orang yang dia percaya dan sayang itu sangat sakit rasanya. Namun, jika itu yang dimahu Kamel dan demi kebahagiaan Neesa, dia rela.

N amun, itu masih tak mencukupi. Dia diminta untuk tinggalkan rumah yang sejak kecil menjadi tempat perlindungannya. Semua kerana takut dia akan merampas bahagia dan lelaki yang kakaknya miliki.

“ Memang dia bukan seorang aje lelaki dalam dunia ni. Tapi dia lelaki yang kau suka. Aku tak mahu kau goda dia. Dia tu bakal suami aku. Dia berkawan dengan kau sebab nak dekati aku aje.” -NEESA

Dia pergi kerana sayang dan kasihnya kepada seorang emak dan kakak. Namun muncul pula kisah silam yang buatkan dia berada dalam persimpangan lagi.

“Abang tak peduli. Abang hanya mahu Naila lihat abang sama macam dulu. Lupakan saja yang abang ni suami kepada Neesa bila kita berdua.” – KAMEL

Z ayyan muncul ketika dia tak mahu sesiapa, dan tak inginkan apa-apa rasa. Tapi lelaki itu cukup pandai mengocak ketenangan yang dia ada. Tapi, sekali lagi dia diminta mengundur diri.

“ Nak Naila tinggalkan siapa lagi? Nak tinggalkan diri sendiri ke? Sebab diri sendiri aje yang Naila ada sekarang ni.”- NAILA

H aruskah dia matikan rasa yang ada dan berkorban sekali lagi? Kerana dia tahu, antara dia dan Neesa, yang pertama itu bukanlah dia. Atau biarkan saja rasa itu tumbuh dan terus mewangi?

×
WhatsApp