MUSTAHIL untuk mencintai. Dia mengahwini Qistina kerana kesilapan diri sendiri.

Meniduri si gadis dalam dia tak sedar. Dalam erti kata lain, merogol.


Tapi, dia tak disabitkan kesalahan sebab dia ikat si gadis dengan perkahwinan.

Perkahwinan paksa demi menutup mulut Qistina. Dia anak orang terkemuka.

Kalau papa tahu dia menodai anak orang, mati dia dikerjakan.


“Semalam tu aku tak sengaja tidur dengan kau. Siapa suruh kau baik hati sangat

tolong aku. Kau tak tahu ke, orang baik hati ni sering diperbodohkan. Macam kau.” –

Qaid


Salah sendiri, tapi dia menyalahkan Qistina. Mungkin gadis tu jenis diam,tak banyak

melawan.


Jadi, Qaid banyak songeh. Selamba je dia herdik, dia hina, dia atur kehidupan

Qistina. Si gadis, ibarat burung yang terkurung dalam istana. Tak ada benda yang

boleh Qistina buat selain daripada bernafas.


“Kau jangan keluar dari rumah ni tanpa izin aku. Jangan buka pintu selain aku

dengan Pak Liah. Jangan hubungi sesiapa. Jangan berkawan dengan sesiapa. Tak

ada sesiapa boleh tahu pasal kita termasuk jiran sebelah rumah.” - Qaid Arahan

tegas.


Sikap menjengkelkan. Lama-lama buat Qistina hilang sabar.Dia bertahan kerana

maruah. Bukan kerana cinta. Setakat Qaid, sebelah mata pun dia tak pandang.


“Saya manusia. Bukan patung bernyawa. Tak cukup dengan hancurkan maruah

saya, awak nak hancurkan hidup saya pula ke?” – Qistina


“Ya. Kalau boleh.” - Qaid


Bertikam lidah itu biasa. Saling menyakiti itu hobi Qaid. Setiap saat, setiap detik,

setiap masa, dia hanya ingin menyakiti Qistina.


“Kalau setakat awak balik rumah untuk sakitkan hati saya. Baik awak tak payah balik.

Tak payah tunjuk muka. Hidup saya lagi aman tanpa awak.”-Qistina

×