Hanya kerana satu malam di mana dirinya di hina, di jual, di lelong seperti barang

tanpa belas kasihan oleh sang kekasih menghumban Rieya Elfira ke dalam sebuah

perkahwinan yang tak diingininya. Pastinya, cerita tak seindah mimpi.


"Aku kahwin dengan kau kerana terpaksa, jadi no skinship antara kita." Rieya Elfira


"Dan aku bukan lelaki yang dengar cakap orang.." Dazriq Mifzal


Puas Rieya menolak kehadiran encik suami, namun duduknya tetap di situ, dekat

dengan hati. Dazriq yang penuh kejutan, menyentuh, membelainya sesuka hati, tanpa

sedar, satu perasaan aneh muncul di jiwa. Jantung berdetak laju tanpa henti.


"Aku bukan lelaki penuh dengan ayat romantis. Aku cuma lelaki yang sentiasa ada di

sisi kau, selamanya."


Bicara encik suami bagaikan ilmu pengasih membasahi sekeping hati yang mana dia

tak mampu menolak untuk mencintai.

Namun, tatkala cinta baru berputik, dan kasih mula menyemai, tiba-tiba hatinya di uji

dengan kesetiaan encik suami lalu terhumban kembali ke lembah kecewa. Firasat

mula meragui akan status dirinya. Dan dia dalam dilema antara maruah ataupun cinta.


×