Tak tahan digelar PENYONDOL a.k.a PERAMPAS,

suami kakak tiri, Ayeesha nekad untuk berkahwin.

Ketepikan hati dan perasaan, dia rela jadi isteri

sesiapa saja asalkan nama baiknya kembali bersih.


PENYONDOL?? Terlalu hina gelaran bagi dia yang tak

pernah punya teman lelaki. Tak ada masa dia nak

goda abang ipar sendiri! Kalau handsome, bergaya,

baik, penyayang, boleh ditimbang-tara. Ini...lelaki

gatal, pemalas, baran! Bagi saja pun dia tak hingin!


“Betina penyondol macam kau ni, elok mampus! Hidup

menyusahkan orang. Memang keturunan korang kan?

Suka rampas hak orang. Dulu mak kau rampas ayah

aku, sekarang kau pulak nak rampas suami aku! Dasar

perampas!” - Ameena


Penampar dan penumbuk, itu dah jadi makanan Ayeesha. Silap hari

bulan,penyapu hinggap di badan. Namun dia tak kisah. Boleh minta hati untuk

bersabar.


Namun, bila melibatkan arwah mak, hati tak sekuat yang dia fikir.Tanpa

fikir panjang, Ayeesha terima lamaran lelaki asing demi menghapuskan

gelaran perampas dari hidupnya. Berkahwin tanpa cinta, memang payah.

Adakala sakit hati, adakala menyampah.


Encik suami berhati batu, buat Ayeesha simpan rasa. Hidup dia ibarat keluar

dari mulut naga, masuk mulut buaya. Sadis!


“Saya terima lamaran awak sebab kakak saya. Jadi, jangan harapkan apa-apa daripada saya.” - Ayeesha


“Don’t worry. Aku tak perlukan apa-apa daripada kau selain hidup dalam

rumah ni macam patung.” - Izz Rayyan


“Maksudnya?”


“Dalam rumah ni, kau cuma dibenarkan bernafas sahaja. Jangan buat apa-apa, jangan sentuh apa-apa. Jangan memasak. Jangan mengemas.Hidup macam hantu. Keluar bila perlu sahaja.”


Ayeesha terngadah. Dia berkahwin dengan manusia atau dengan bunian?Bukan

setakat perwatakan je beku, tapi langsung tak ada perasaan. Tapi,dia tak

kisah. Asalkan dia boleh lari daripada gelaran “PERAMPAS.”


Lebih baik hidup dengan lelaki tak ada perasaan daripada hidup dengan

perempuan yang terlebih perasan. Malangnya, baru saja dia rasa

tenang,tiba-tiba si Ameena datang buat onar.


Bukan saja setakat menumpang rumah, malah menumpang kasih suami

dia. Ayeesha berang. Argh! Lantaklah, nak jadi apa pun. Sekali orang

kacau apa yang dah jadi hak milik dia, dia takkan berdiam diri. Di

smackdownnya Ameena habis-habisan sehingga encik suami terkedu.


“Wow! Amazing... Aku tak sangka pula perempuan selembut kau boleh jadi

singa bila melibatkan aku. Do you love me?”


“Saya pantang orang ambil hak saya. So, be carefull. Silap hari bulan, awak

pun saya smackdown.”


Bagi dia, tiada istilah mengalah bila melibatkan suami. Dia akan melindung

siapa saja yang dah jadi hak milik dia walaupun dengan kakak sendiri. Prinsip

dia mudah. Kalau bukan penyondol yang makan kaki, mungkin encik suami

makan penyapu

×