Pelik! Kalau dulu, dia yang selalu meminta. Dia kena merayu untuk secebis kasih
sayang. Tapi sekarang, Evie pulak yang menagih. Manjanya lain macam sehingga
Noah pening kepala. Setiap saat nak berkepit. Setiap masa nak diberi perhatian.
“You manja pelik sekarang ni. Kalau dulu, I sentuh pun marah.”
Tup tup kena kiss sebab cakap banyak! Semakin hari, Noah semakin pelik.Bila buat
salah sikit, Evie merajuk sampai menangis-nangis.
“Aku rasa Evie sakit, Alan. Sebab perangai dia sekarang ni pelik sangat. Ke dia
terkena buatan orang?”- Alan
Buntu punya pasal, dia mengadu dekat Alan. Namun perangai Evie tetap tak
berubah. Bukan setakat manja, sensitif pun ya! Jangan sesekali cakap benda tak
berfaedah kalau tak nak memujuk. Dan layanan Mak Iti terhadap Evie buat dia simpan
prasangka.
“You sakit ke? Nak pergi klinik tak? Nak pergi berubat? Sakit dekat mana?”
“Sakit buatan orang je. Nanti I sembuhlah.”
Nak tergelak Evie tengok wajah polos Noah. Semakin Noah risau, semakin dia
mengusik. Cinta yang terukir atas keterpaksaan kini menjadi cinta sejati yang dia
nanti-nantikan selama ini.
He’s hot! Mana mungkin dia akan melepaskan Noah begitu saja!