'My Messy Lady' Itulah gelaran yang Yassir Raden selalu gunakan pada Isymal Mulan aka isteri gred D. Cinta mereka tak mampu menyentuh antara satu sama lain walau sudah lama mereka tinggal sebumbung bersama.
Prinsip Yassir, suatu hari nanti dia mahu menceraikan Isymal kerana dia yakin hubungan mereka tidak berakhir lama. Kala mengetahui Isymal bakal mengikuti slot pertukaran pelajar ke SúnMoon University di South Korea bersamanya, Yassir tak betah duduk diam.
"Aku yakin sepanjang kita kahwin ni kau mesti tak pernah ada perasaan pada aku. Sebab kau tak pernah nak cuba nampak cantik di depan aku." - YASSIR
Dia tak mahu hadap muka Isymal di sana. Bagi Yassir, cukuplah hanya di rumah saja dia tengok stoking berbelang Isymal, dan dia tidak mahu melihat wanita itu di depannya. Namun, Isymal tetap juga manu pergi ke Korea walau dia tahu betapa darah Yassir menggelegak dengan keputusannya.
Di SunMoon University, Isymal mengenall Agung Herdika. Pertemuan dua insan itu membibitkan tunas cemburu di hati Yassir. Dia mahu Isymal jadi milknya seorang. Hampir dia lupa pada prinsipnya yang mahu menceraikan Isymal.
"You're ugly that I like you." - YASSIR
Yassir mula mengharapkan sebuah perkahwinan yang bakal menghadirkan cahaya mata.
Kemelut lain pula muncul apabila isu anak menjadi sempadan yang nyata antara mereka berdua.
"Kalau saya mati nanti, awak cari isteri yang boleh beri awak anak. Jangan cari isteri macam saya tau." - ISYMAL