Sudahlah kena kahwin aturan keluarga. Hidup dia pula dikawal. Mahu mintak

mengamuk. Rela jadi isteri, tapi dia tunjuk perangai. Semakin encik suami tak

suka,semakin dia buat.


Apa yang Haiqal larang, itu yang dia buat. Haiqal larang dia pakai baju seksi, Min

pakai baju separa bogel. Baginya, Haiqal orang asing. Tak layak untuk mengatur

hidup dia.


"'You tak ada hak nak atur pemakaian I. Apatah lagi hidup I!" - Min


“Ada. Pasal bahu kiri I dah berat sebelah. Silap hari bulan, badan I jadi senget sebab

tanggung dosa you." - Haiqal


Okay! Semakin membara hati dia bila kena provoke macam tu. Mulalah dia jadi nak

melawan.


“Kalau macam tu, ceraikanlah I. Supaya bahu you tak berat." - Min


Dia provok. Haiqal balas dengan senyuman. Dia melawan, Haiqal diam. Dia

maki,Haiqal cuma perli lembut.


"Api neraka tu panas tahu tak. Terkena api dapur pun menggelupur, inikan pula api

neraka. You tahu tak kenapa ramai perempuan masuk api neraka Pasal suka buka

aurat dan tak hormat suami. Macam you. I dah nampak dah dekat dahi tu ada copapi

neraka. Takutlah Min.” - Haiqal


Dalam tak sedar, dia turut merasakan perkara itu. Malangnya, ego mengatasi.Malah,

selamba je dia menyakiti Haiqal.


“I ingat ustaz celup macam you ni tak bernafsu. Yelah. Orang warak. Ahli syurga

katanya. Tapi." - Min


"Asal namanya manusia, mesti ada nafsu. Melainkan dia tak normal. So please,jangan

pakai seksi dekat luar. I tak nak kecantikan you, orang lain rasai. Kalau boleh, I nak

kurung you dalam almari. Biar bidadari I, I sorang je yang tengok."–Haiqal


Dia sangat bermulut manis. Sampai tak sedar, hati tercuit rasa aneh. Masa berganti

masa, Min mula menunduk. Tak sedar, taringnya sudah hilang. Dari seekor harimau,

dia jadi seekor kucing. Yang sering mencari Haiqal demi perhatian. Kononnya dia

takkan jatuh ke tangan Haiqal. Hakikatnya, dia sering mendambakan belaian Haiqal.


×