First cover. Tahniah Wan Nur Najihah
BLURB MURNI : KAU YANG TERSAKITI
“Saya tak nak bercinta atau kenal lama-lama. Kalau awak suka saya, datang jumpa keluarga saya. Kalau awak tak suka saya, kita stop sini.”
Itu ugutan MURNI pada KHAZIL, lelaki yang dia baru kenal di aplikasi cari jodoh. Siapa sangka KHAZIL juga serius. Dari perkenalan yang singkat akhirnya mereka bersatu sebagai suami isteri.
“Bie nak setia kat sayang sorang je. Takkan ada perempuan lain ada kat hati bie. Bie tak tahu macam mana hidup bie kalau sayang tinggalkan bie.”
“Kemain bie, kan? Kat kem bie cakap bie garang, tegas sampai anak buah bie pun takut. Tapi bila dengan sayang, manjanya mengalahkan kucing betina!”
Kerana rasa bertuah menjadi isteri KHAZIL, MURNI sering kali kongsi kebahagiaan di media sosial sehingga dia diganggu oleh fake account.
Handsome betul laki orang ni. Jangan kerap share sangat sis. Risau ada perempuan lain nak tolong jaga jugak. - iamAnggun
“Perempuan tak sedar diri. Pantang nampak tentera sikit mulalah nak menggeletis. Tak tengok dah laki orang ke apa. Menyampah betul!”
MURNI percaya KHAZIL. Seratus peratus. Tahu hanya dia satu-satunya wanita yang dicintai. Sehinggalah bila dia disahkan mengandung, KHAZIL mula berubah.
“Bie sibuklah. Bukan selalu pegang phone.”
“Takkan nak beritahu ada kat Melaka pun tak sempat?”
MURNI paksa diri supaya faham kerjaya KHAZIL yang berkhidmat untuk negara. Tapi makin lama mengenali, dia mula nampak sisi lain lelaki itu.
“Kenapa degil sangat? Sayang tak pakai otak ke? Nak kita betul-betul cerai?”
Apa yang ditakuti MURNI akhirnya terjadi. Ujian terbesar melanda di saat dia sedang mencipta bahagia dengan KHAZIL.
“Tapi awak kena tahu satu benda. Saya dah tawar hati dengan awak. Hubungan kita takkan sama macam dulu.”
“Bie akan pujuk sayang…”
Apa yang sudah dibuat KHAZIL sehingga MURNI tawar hati? Akan adakah kemaafan dan peluang kedua untuk lelaki itu? Siapa gerangan sebenar yang bersembunyi di sebalik fake account? Dan bagaimanakah pengakhiran hubungan KHAZIL dan MURNI?