Philophobia! Sukar untuk dia percaya bahawa lelaki depan mata, seorang yang takut

bercinta. Sedangkan, kriteria si lelaki boleh masuk kategori buaya tembaga!


"I need your help, Ara. Please...normalkan balik anak aunty."


Permintaan diluar kawalan, buat Yuhara terngadah. Hilang reaksi! Mustahil,lelaki ini

penghidap fobia. Dalam ragu, dia cuba melempar senyuman sebagai tanda

perkenalan, namun jelingan maut yang dia dapat!


"Somkesangus!" Gelaran pertama Yuhara berikan buat si lelaki.

Sombong+Kerek+Perasanbagus =Somkesangus!


Tanpa sedar, ego mula tercabar. Lalu dia nekad untuk menerima lamaran daripada

Aunty Julia tanpa mengira apa yang akan berlakudi masa depan kelak.


"Aku kahwin dengan kau, sebab bosan dengan mama membebel. Tak ada niat lain.

Tapi, kalau kau ada niat lain, just forget it." - Rycarl


"Niat I cuma satu. Ajar you bercinta." - Yuhara


Rycarl terpaku. Wanita depan mata agak lain daripada yang lain.


"Kalau tak nak bercinta, mungkin kita boleh cuba untuk bermain dengan"anak-anak"

kecil." - Yuhara


Yuhara sengih bersama niat terpendam. Semakin jauh lelaki itu pergi,semakin laju dia

mengejar demi melunaskan sebuah impian.


Malangnya, hati mulai rasa penat apabila diri semakin tak dihargai. Dan ketika cinta

mula berputik di hati Mr.Philophobia, Yuhara entah hilang entah ke mana, membawa

hati yang berduka lara.


×