Bukan setakat sinonim dengan gelaran je suka
mengarah, tapi perangai pun sama!
Kalah MALAUN. Eh, tak! Teruk lagi.
Malaun pun mengalah dengan perangai Benjamin.
Mengarah tu satu hal. Ego tu WAJIB. Yang paling
menyakitkan hati,perangai miang tak kena tempat.
Miang bukan jenis sweet-sweet manja. Miang yang
suka memerhati dan senyum creepy. Buat orang rasa
diri seperti murahan!
"You jangan pandang I macam tu, Ben. It's little
creepy." – Wafa
"Pandang macam mana?" - Benjamin.
"Like, you sedang memerhati perempuan murahan untuk dijadikan teman tidur
satu malam. Yang harganya cuma RM 30." - Wafa.
"Yeayh! Ambil baju ni, dan tukar. Jangan lupa RM30 you. Duit depo.”
Bulat mata Wafa tatkala not RM 30 jatuh ke riba bersama baju tidur. Mata
melangut pandang encik suami. Gila ke apa mamat ni? Dia buat aku macam
perempuan tepi jalan!
Sakit hati punya pasal, dia lempar baju serta duit ke wajah Mr. Ditaktor.
Kalau dia ada perangai, aku pun ada perangai. Bukan setakat merajuk, Wafa
siap lari rumah lagi. Dan kehilangan Wafa menjadikan hidup Benjamin serba
tak kena.
Apatahlagi tiba-tiba Malaysia diarahkan untuk LOCKDOWN, lagilah haru
hidup tanpa isteri di sisi. Turunkan ego, Benjamin bawa balik Wafa ke sisi
walaupun dengan paksaan.
"Kalau you masih dengan perangai ego tak bertempat you, kali ni bukan
setakat lari rumah. I akan failkan penceraian. Jadi, layan I baik-baik."
Wafa fikir ugutan dia berkesan, malah menjerat diri. Bila Mr. Ditaktor mula
pandang dia sebagai isteri, hati jadi tak keruan.
Lockdown bersama Benjamin, buat hidup dia berubah 360 darjah dan
menyesal dengan ugutan sendiri.
" Bukan ni yang I maksudkan.. "
"You yang nak I layan you baik-baik, kan? Jadi jalankan tanggungjawab
you sebagai isteri. Maka I jalankan tanggungjawab I sebagai suami."
"Ben... "
"This is an order."
Bila mana dikatakan "arahan" Wafa tak berani membantah. Sebab
habuan dia boleh buat hati tergolek. Dengan hati yang sebal, dia
menurut arahan Mr. Ditaktor