Hadee Zulkarnain. Lelaki tenang, menyimpan sejuta rahsia. Positif terhadap sebuah

perkahwinan pilihan keluarga. Bagi Hadee, tiada istilah kahwin paksa setelah akad

terlafaz.


Katanya, daripada kita ignore each other disebabkan tiada cinta, lebih baik kita cuba

bina keluarga atas dasar 'halal'. Setahun, seorang baby. Kalau 2 tahun, dah dua orang

baby.


Kau ingat aku kilang buat anak, Hadee? Atau aku mesin yang mana bila kau bagi

arahan, aku terima tanpa membantah? Bag Meena, sebelum melangkah jauh,

serahkan segala-galanya, hati budi Hadee perlu dikhatam. Agar hidupnya tak

menderita kelak.


“Sebelum I serahkan segala-galanya, mestilah ada sesi perkenalan sebulan dua.

Bukan terus terjah je. Nak masuk rumah orang kena beri salam. So, I perlu tiga bulan

untuk kenal you." - Meena


“Nak masuk rumah orang, tinggal bagi salam je. Tuan rumah akan buka pintu. Nak

terjah you, I kena sentuh je. Bagi hint sikit. Takkan you tak nak buka pintu tetamu nak

masuk? Tak pernah orang halau tetamu." - Hadee


Nakalnya Hadee, degilnya dia dalam mengambil hati, buat Meena terpaut dalam

diam.Mulut kata perlu masa, tapi hati dah diserah tanpa sedar. Bila bahagia mula

mengetuk pintu rumah tangga mereka, dosa semalam menghancurkan segala￾galanya.

Cinta yang baru berputik, layu sekelip mata.


"I tak sangka, you manusia bertopengkan syaitan. Tak ada hati perut. Lelaki yang tak

layak bergelar lelaki." - Meena.


“Bukan kerja you untuk menghitung dosa pahala I, Meena. I ada dosa, you ada

dosa.Kita manusia tak pernah terlepas daripada dosa. Jangan menghukum." - Hadee.


“Seorang bapa, tak akan sesekali mengabaikan anaknya. Seorang lelaki, tak akan

sesekali meranapkan hidup seorang perempuan. Dan you, bukan lelaki mahu pun

bapa." - Meena.


Perbuatan Hadee kali ni, tak mampu dia maafkan. Seluruh kepercayaan serta

cinta,musnah ditelan dosa semalam. TAKDIR, DIA, dan HADEE…tanpa sedar telah

memusnahkan CINTA.


×