Yang sempurna, akhirnya dirampas. Safiera terduduk. Hidupnya berubah 360 darjah
sat dirinya menyandang status "cacat fizikal" akibat kemalangan itu. Kaki yang
dulunya melangkah ke serata dunia, akhirnya terpasak di bumi.
“Kau dah cacat. Sepasang kaki kau dah tak berguna. Jadi, aku rasa setakat ni saja
hubungan kita. Aku tak nak perempuan cacat." - Faris
Sudah jatuh tangga, ditimpa pula. Kekasih pergi menjauh. Kawan-kawan mula
memandang hina. Safiera keseorangan. Sering diejek. Dipandang serong. Itu sudah
biasa.
Namun, apabila jodoh dipersoalkan, hatinya tercabar. Lantas, Cadangan mama untuk
dinikahkan dengan seorang lelaki stranger, dia terima bulat-bulat.
“Dia tak sempurna. Mama bagitahu awal-awal. Dan dia sedang mencari seorang
isteri untuk menyempurnakan hidupnya." - Mama
“Bie tak kisah. I wanna get married. And I will." - Safira
Menikah tanpa kenal, itu dah kerja gila. Tapi, bila lelaki yang dia kahwini adalah
seorang lelaki bisu. Bibirnya tak mampu berbicara. Safira terngadah.
Fizikalnya sempurna, malangnya ada cacat cela. Rupanya mencairkan hati semua
perempuan. Tapi, bibirnya tak mampu menuturkan kata. Hati berbelah bahagi. Safira
mula menyesal. Takdir seakan tak memihak padanya.Dia mula memberontak.
“I'm sorry. I tau I pun tak sempurna. Tapi, jujur I cakap.. I tak boleh terima lelaki yang
bisu. I need someone to talk with. I need someone yang boleh saling bercerita. I need
someone who can talk. So, after 1 year, ceraikan I. Kita bawa haluan masing
masing." - Safira
Dia tak sempurna dan dia tak mampu menerima kekurangan orang lain.
Lantas,perpisahan menjadi syarat antara mereka. Malangnya, lama kelamaan, hati
mula terusik. Megat tak boleh bercakap, tapi perbuatannya melebihi orang yang
berbicara.
Dia bisu, tapi hatinya bersuara melantunkan cinta. Tanpa ayat pujangga, Safira
merasakan putik cinta. Dia tak boleh berjalan. Megat dukung. Dia terluka, Megat
rawat. Dia kesejukan,Megat hangatkan dengan pelukan.
"I think I don’t like you. But well... You are what I’m going to dream about tonight."-
Safira